Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

5 Peniaga Ditahan, Bunga...

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api...

Ustaz Kazim Tolak Ceramah...

BUKIT GANTANG - Pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias tidak akan...

Pas Bercerai DAP: Mungkinkah...

KETIKA pembangkang sibuk memburuk-burukkan kepimpinan negara susulan pendedahan sebuah akhbar asing yang terbukti...

MRT Rugi RM6 Juta...

RAPID Rail Sdn. Bhd. mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel...

Graduan KUIPs Diterima Belajar Di Universiti Turki

ISTANBUL – Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang diterima melanjutkan pengajian ijazah Sarjana di sebuah universiti di pusat bandar ini membuktikan universiti itu yang berkonsepkan wakaf di Perlis diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pelajar lulusan ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam, Fatimah Mohd Yunos, 26, berkata beliau memperolehi keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.98 dan diterima melanjutkan pengajian di Universiti Fatih Sulaiman Mehmet Vakif dalam jurusan Sarjana Sejarah Islam.

“Sistem pengajian di Turki agak setanding dengan negara Eropah, cuma pada tahun pertama saya perlu belajar bahasa Turki yang menjadi bahasa pengantar pengajian.

Katanya beliau memohon memasuki universiti itu kerana ingin meneroka ‘pembaharuan’ bagi mencari kelainan kerana tidak ramai rakyat Malaysia khususnya Perlis melanjutkan pengajian di Turki.

Walaupun ditawarkan pekerjaan oleh sebuah bank tempatan tetapi saya memutuskan untuk menyambung pengajian dan memohon melalui dalam talian sebaik tamat pengajian pada Mei lepas.

Syukurlah tiga bulan diterima masuk (belajar),” katanya ketika ditemui semasa Majlis Tautan Kasih Bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di pusat kegiatan pelajar Malaysia di sini, Rabu malam.


Seramai 80 daripada lebih 100 orang pelajar Malaysia yang menuntut di sini hadir pada majlis itu.

Pada majlis Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Turki sebanyak RM10,000 dan kepada empat orang pelajar berasal dari Perlis.

Mengenai perancangan masa hadapannya, Fatimah memberitahu, beliau hanya ingin menumpukan pengajiannya sehingga tamat yang dijangka mengambil masa selama tiga tahun termasuk setahun belajar bahasa Turki.

Katanya beliau satu-satunya pelajar Malaysia yang mengambil jurusan berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pihak KUIPs kerana telah menggalakkannya melanjutkan pengajian di Turki. – BERNAMA

Kategori