Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Kembali Semula...

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berazam kembali semula ke Litar Antarabangsa...

2 Remaja Ditahan Disyaki...

GEORGETOWN - Dua remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah ditahan...

Tawar Tiket Penerbangan FREE...

Seorang lelaki yang baharu putus cinta membuat tawaran istimewa, mahu memberi tiket pelancongan percuma...

Nelayan Jumpa Mayat Mangsa...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam beg plastik...

Isu Grab: GTSM Buat Aduan Kepada MyCC

KUALA LUMPUR – Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan persaingan tidak sihat antara perkhidmatan teksi dan e-hailing, Grab.

Yang Dipertuanya Kamarudin Mohd Hussain mendakwa terdapat beberapa bukti wujudnya manipulasi melalui aplikasi Grab yang menyebabkan tambang teksi lebih mahal daripada kadar sebenar.

“Pihak MyCC telah menerima aduan kami (GTSM). Saya juga telah memberikan bukti-bukti kepada MyCC untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini hari ini.

Beliau turut diiringi beberapa anggota tertinggi GTSM termasuk timbalannya Mohamad Yusoff S.Ibrahim.

Bagaimanapun, Kamarudin enggan memberikan butiran terperinci berhubung aduan serta bukti yang dikemukakan kepada pihak MyCC.


Kamarudin juga mendakwa, aduan sama pernah dikemukakan sebelum ini namun tidak diendahkan.

“Alhamdulillah, apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah, aduan ini diterima secara baik oleh pihak MyCC ,” katanya.

Sementara itu, Kamarudin turut menzahirkan rasa kesal serta memohon maaf kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan beberapa pemandu teksi keluar daripada majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama anggota Persatuan Pemandu Teksi Langkawi, Ahad lepas (21 Okt). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MyCC

Kategori