Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Sarawak Rasa Sedih...

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin utama dari Sarawak melahirkan rasa sedih dan amat...

Pemain Sabit Rasuah Boleh...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas termasuk...

Coretan Da’i Wan Buat...

TREND berdakwah dengan cara yang halus dan mudah diterima kini sudah berkembang dalam...

238 Kes Baharu HFMD...

KANGAR: Perlis mencatatkan sebanyak 238 kes baharu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)...

Guantanamo ‘Hidup’ 25 Tahun Lagi

GUANTANAMO BAY NAVAL BASE, Cuba – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pernah berikrar untuk menutup penjara tentera di Teluk Guantanamo, tetapi kini ia masih perlu dibuka untuk tempoh 25 tahun lagi, kata seorang pegawai.

Laksamana muda, John Ring berkata, penjara itu masih menempatkan perancang serangan 9/11, maka tumpuan kini adalah untuk memastikan penjara itu boleh bertahan untuk tempoh 25 tahun lagi.

Pada Januari lalu, Presiden Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk membatalkan arahan bekas presiden itu pada 2009 untuk menutup penjara yang pernah menjadi cemuhan dunia.

“Susulan tindakan Trump, kami diberitahu perlu berada di sini selama 25 tahun lagi atau lebih,” kata Ring yang juga Komander Tugas Bersama Guantanamo.

Ring ketika menjawab soalan wartawan yang mengadakan lawatan ke penjara itu berkata, mereka menerima memorandum daripada Pentagon yang menjelaskan perancangan untuk membuka penjara itu sekurang-kurangnya 25 tahun lagi.

Lawatan wartawan itu antara lain bertujuan untuk membuktikan, tahanan yang berada di penjara, di selatan Cuba itu mendapat layanan yang baik.


Pada Disember tahun lalu, pakar penderaan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) berkata, mengesahkan menerima laporan daripada satu sumber yang mendedahkan sekurang-kurangnya seorang banduan masih didera di Teluk Guantanamo.

Wakil khas penderaan PBB, Nils Melzer berkata, beliau menerima maklumat penderaan menggunakan bunyi bising dan getaran masih dilakukan terhadap Ammar al-Baluchi, suspek perancang serangan 9/11.

Melzer turut menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa tahanan yang masih berada di penjara itu untuk satu tempoh yang agak lama dan hidup dalam pengasingan yang sepenuhnya. – AFP

Kategori