Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Drama ‘Banteras’ Papar Realiti...

CYBERJAYA:  Berikutan peningkatan kes-kes jenayah rasuah  yang melibatkan ringgit di negara ini, memberi...

Tak Perasan Mahathir Tawar...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak perasan pun yang Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu...

Geng Fahmy Tumpas

Kuala Berang : Komplot tiga sekeluarga yang aktif dalam jenayah pecah rumah sejak...

1MDB Bayar Kompaun Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar kompaun yang dikenakan...

Guna Bas Perantara Rapid KL Untuk Ke MotoGP Sepang

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas dari KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk peminat menyaksikan perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu hadapan.

Tiket perkhidmatan bas perantara khas MotoGP ini sudah mula dijual bermula 25 Oktober dan diteruskan hingga 4 November di stesen-stesen LRT utama.

Peminat boleh membeli tiket bas berkenaan di stesen LRT KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya) dan kaunter konsesi kad di hab bas Pasar Seni.

Apabila acara bermula pada 2 November, tiket bas juga dijual di tempat mengambil dan menurunkan penumpang KLCC, KL Sentral dan Gateway@KLIA2 (Hab Pengangkutan di Aras 1, Kaunter 10), menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid Bus di sini, hari ini.

Harga tiket dari KLCC dan KL Sentral ke SIC adalah RM20 untuk perjalanan sehala, dan RM35 bagi tiket pergi balik, manakala RM12 bagi perjalanan sehala dari KLIA2.


Perkhidmatan bas ini akan bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengah hari manakala perkhidmatan keluar dari SIC bermula pukul 4.00 petang dengan bas terakhir pukul 7.00 malam. – BERNAMA 

 

Kategori