Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

IMAMS Batal Sebab Lain...

MUKTAMAD... Keputusan kerajaan batal serta-merta sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bukan kerana ada...

Hampir 90,000 Gesa Waytha...

KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira 12 jam dilancarkan, gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri...

MP Bayan Baru Tak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tidak berpuas hati...

Donald Trump Sedia Selesaikan...

CAMP DAVID - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan kesediaan bersemuka bersama Ketua...

Educity Bakal Miliki Kolam Pemanas Badan, Padang Ragbi

ISKANDAR PUTERI – Iskandar Investment Berhad (IIB), pemaju yang bertanggungjawab membangunkan hab pendidikan Educity di sini, merancang untuk menambah beberapa kemudahan baharu di pusat terbabit bagi membantu mengembangkan lagi industri sukan di negeri Johor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata penambahan itu melibatkan pembinaan sebuah kolam pemanas badan untuk para atlet dan sebuah padang ragbi yang apabila siap kelak akan melengkapi komponen utama Educity ketika ini yang turut merangkumi pusat akuatik dan stadium arena tertutup.

Beliau berkata pembinaan untuk kedua-dua fasiliti baharu itu dijangka bermula awal tahun depan dan siap sepenuhnya menjelang Jun.

“Pembinaan kolam berkeluasan kira-kira 25 meter persegi itu mungkin memakan kos lebih RM1 juta tetapi akan diselaraskan mengikut regulasi antarabangsa agar boleh diguna untuk penganjuran kejohanan-kejohanan antarabangsa.

“Padang ragbi itu pula sebagai memupuk minat pelajar terhadap sukan terbabit selain sebagai pelengkap kepada sebuah lagi padang ragbi bernilai RM2.5 juta yang sedang dibangunkan di kawasan berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penanaman Pokok Buah-Buahan di Lake 2 Educity, di sini hari ini.

Program itu yang turut disertai tiga universiti swasta, sebuah institusi pendidikan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan dirasmikan Ketua Penolong Pengarah (Bahasa) Sektor Pentadbiran Akademik, Jabatan Pendidikan Johor, Kamarudzaman Abdul Mubin.


Mengulas lanjut, Khairil Anwar berkata kedua-dua fasiliti tersebut amat diperlukan memandangkan Johor bakal menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2020.

“Malah baru-baru ini, kita lihat Johor menang enam emas dalam Sukma di Perak. Tiga daripadanya disumbang oleh seorang atlet yang berlatih di sini (Educity). Jadi, ia menjadi kebanggaan buat IIB kerana dapat membantu perkembangan sukan Johor secara tidak langsung,” katanya.

Pada program tersebut, sebanyak 60 batang pokok daripada lima jenis durian, tiga mangga, dua jenis rambutan dan masing-masing satu jenis pulasan serta betik ditanam.

Ia merupakan inisiatif IIB untuk memastikan persekitaran di Educity terpelihara selain mendedahkan penuntut kepada amalan pembangunan bertanggungjawab. – BERNAMA

Kategori