Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Barangan Tiruan...

Bukit Mertajam - Sebuah premis dua tingkat dijadikan pusat mengumpul, membungkus dan mengedar...

Terus Berkhidmat Bidang Perundangan...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata beliau akan terus memberikan...

Institusi Diraja Masih Kekal...

KUANTAN - Peranan institusi diraja sebagai simbol perpaduan dan pencetus semangat nasionalisme serta...

Simpan Ribuan Gambar Raya...

DALAM dunia digital sekarang, segala maklumat atau aktiviti perlu disalurkan dengan pantas. Maka tidak hairanlah...

Habitat Orang Utan Terancam

JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bi­lion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang mengancam habitat orang utan paling jarang ditemui di dunia, mencetuskan kebimbangan baharu berhubung impak inisiatif infrastruktur global China terhadap alam semula jadi.

Empangan itu dibina di Hutan Hujan Batang Toru, Pulau Sumatera yang menjadi habitat tunggal kepada orang utan Tapanuli. Ia menyimpan kira-kira 800 spesies baru ditemui tersebut.

Dijangka beroperasi menje­lang tahun 2022, projek itu akan melintasi di tengah-tengah habitat spesies terancam tersebut. Selain orang utan Tapanuli, rimba itu juga menjadi tempat tinggal kepada fauna lain seperti ungka lincah, siamang dan Harimau Sumatera.

Firma Indonesia, PT North Sumatra Hydro Energy sedang membina empangan itu bersama sokongan perusahaan milik pemerintah China (SOE) yang menginsuranskan projek di luar negara, Sinosure dan Bank of China.

SOE China, Sinohidro yang membina empangan besar Tiga Gaung, telah diberikan kontrak untuk mereka bentuk dan membina projek itu.

Pembangunan di Batang Toru merupakan antara berpuluh-puluh projek yang didesak Jakarta bagi meningkatkan bekalan elektrik ke seluruh kepulauan Indonesia yang kerap bergelap.

Bagaimanapun, projek yang disokong Beijing itu mencetuskan bantahan daripada aktivis dan kumpulan pemuliharaan. Mereka berkata, empangan itu mencetuskan risiko alam semula jadi sehingga mendorong Bank Dunia membatalkan pengli­batannya.


China bagaimanapun tidak berganjak walaupun projek infrastruktur yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan itu dikritik kerana mendatangkan kesan buruk ke atas alam semula jadi.

Inisiatif itu bertujuan untuk menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika melalui rangkaian pelabuhan, lebuh raya dan landasan kereta api.

“Isu ini menjadi sinonim dengan inisiatif Jalur dan Laluan,” kata pakar alam sekitar dari Universiti James Cook di Australia, Profesor Bill Laurance. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori