Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Safiey Ilias Satu Penghijrahan...

SIAPA sangka cerita "si pondan" yang mahu kembali menjadi lelaki ini menjadi cerita...

Fazley Kotakan Janji Bersanding...

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk...

‘Suami Sangat Berhajat Melontar...

MAKKAH - Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina,...

Banjir: MB Terengganu Pendekkan...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memendekkan ibadah...

Hadkan Tempoh Jawatan: Ambil Kira Autonomi Sarawak

KUCHING – Tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri yang dicadang untuk dihadkan kepada dua penggal adalah satu langkah baik, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Namun, Ketua Menteri Sarawak itu berkata sebarang langkah untuk melaksanakan keputusan berkenaan perlu juga mengambil kira kuasa autonomi yang dimiliki Sarawak dan Sabah.

“Secara dasarnya ia baik, tetapi Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa autonomi kerana jika perkara itu berlaku, pindaan terhadap perlembagaan kita perlu dilakukan.

“Sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan semua parti politik untuk mendapatkan pandangan mereka,” katanya selepas merasmikan sebuah hotel butik di sini hari ini.

Ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020 di Dewan Rakyat, semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal, sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik.

Sementara itu, mengulas mengenai pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11, Abang Johari berkata secara keseluruhan semuanya sama kecuali ada beberapa perubahan yang dilakukan.


Ketika ditanya harapan Sarawak mengenai Bajet 2019 yang akan dibentangkan 2 Nov depan, Abang Johari mahu lebih banyak peruntukan disalurkan di negeri ini.

“Harapan saya banyak duit lah (diberikan). Banyak projek di Sarawak telah dibatalkan, saya tidak memiliki (membawa) senarai tersebut ketika ini, namun saya dimaklumkan sudah banyak projek dibatalkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori