Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

K’jaan T’ganu Tambak Segera...

KUALA NERUS - Tiga kawasan yang mengalami hakisan akibat fenomena ombak besar iaitu...

Lebih 20,000 Banjiri Syarahan...

MELAKA - Lebih 20,000 menghadiri syarahan penceramah terkenal Dr. Zakir Naik di Dewan...

Tikus Gemuk Tersepit Di...

KERANA seekor tikus yang tersepit pada lubang penutup sistem pembentungan di jalan, sepasukan...

12,771 Warga Emas, Orang...

DENGKIL - Sebanyak 12,771 warga emas dan Orang Asli menerima lesen motosikal kelas...

Hairan Penasihat Menteri Pendidikan Bawa Delegasi Ke UK

KUALA LUMPUR – Agak menghairankan apabila Penasihat kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik membuat lawatan ke luar negara untuk mengkaji Sistem Persekolahan di United Kindom.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keadaan itu secara jelas boleh menjejaskan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dengan United Kingdom selama ini.

Katanya, ia berikutan Malaysia hanya menghantar seorang bertaraf Penasihat sahaja bertemu Menteri atau Pegawai-pegawai Tertinggi Kementerian Pendidikan Negara tersebut.

Kata beliau, keadaan itu juga menunjukkan seolah-olah Penasihat Menteri Pendidikan tersebut telah mengambil alih tugas Menteri Pendidikan Malaysia.

“Dari segi bajet juga boleh dipersoalkan, pihak mana yang meluluskan bajet untuk lawatan kerja ke luar negara ini.

“Ketika Menteri Ekonomi menyarankan Kerajaan perlu berjimat cermat ketika Anggota Pentadbir membuat lawatan ke luar negara, tiba-tiba ada Penasihat Menteri pula melakukan lawatan.

“Menteri Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang telus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau mengulas maklumat yang tular di media sosial mengenai Penasihat Menteri Pendidikan membawa delegasi ke London, United Kingdom untuk lawatan kerja Kementerian Pendidikan.

Terdahulu, Mahdzir yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, amalan sebelum ini apabila seorang menteri melakukan lawatan kerja rasmi, satu kertas Kabinet perlu dibentangkan di Mesyuarat mingguan Kabinet untuk kelulusan.

Jelas beliau, ia bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Kabinet tujuan lawatan kerja tersebut serta kelulusan bajet.

Tambah beliau, Kementerian Luar Negeri juga memberikan ulasan diatas kertas kabinet tersebut bertujuan memaklumkan status keselamatan negara yang dilawat dan keberkesanan misi lawatan itu.

“Segala-galanya diatur dengan teliti agar hubungan dua hala dengan negara tersebut dijaga dengan baik. Manakala bajet juga dijaga agar tiada pembaziran,” katanya. – Mynewshub.tv

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori