Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anwar Kesal Kes Keracunan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pendaki Cedera Parah Mendaki...

MIRI – Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa...

‘Sedih’ Imej Sendiri, Pasar...

BEBERAPA gedung membeli-belah di Britain mengambil langkah drastik iaitu menanggalkan semua cermin di...

Bank Rakyat Umum Dividen...

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus...

Hantaran Najib Meresahkan Mahathir

MUNGKINKAH pertuduhan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditambah lagi selepas ini?

Tambahlah hingga 100 pertuduhan sekali pun, rakyat sekarang lebih minat dengan mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.

Sebab itu pihak pendakwa raya tidak suka dengan tindakan Najib yang aktif menggunakan media sosial untuk menjawab dan memberi penjelasan terhadap berbagai tuduhan dan isu terhadap dirinya.

Nampak rejim Tun Mahathir Mohamad termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) amat tertekan dengan hantaran Najib.

Jawapan Najib sebenarnya lebih berfakta, malahan bidasan beliau amat tepat dan cukup tajam. Bahasa yang digunakan menerusi media sosial juga adalah ringkas dan mudah difahami pembaca.

Baca: Najib Terus Dizalimi Dengan Guna AMLA

Dr. Puad Zarkashi
Dr. Puad Zarkashi

Antara individu yang paling tertekan dengan Facebook dan Twitter daripada Najib ialah Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu cuba menggunakan Parlimen untuk membuat pelbagai pendedahan dan tuduhan.

Tetapi apabila dijawab segera secara berfakta oleh Najib, Guan Eng pula gelabah langsung tidak dapat menjawab balik status yang dimuat naik oleh bekas menteri kewangan tersebut.


Sebab itu puluhan dan mungkin ratusan pertuduhan tambahan adalah tindak balas PH terhadap Najib yang gigih berterusan memberi pencerahan dengan menggunakan media sosial.

Posting Najib menjadi rujukan kepada rakyat. Hantaran tersebut menjadikan Mahathir bertambah marah shock and awe iaitu terkejut dan terpegun kerana dishare” dan diviralkan secara meluas.

Tahniah Najib!

Mohd. Puad Zarkashi
4.10.2018

Kategori