Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Perubatan Malaysia Harumkan...

SERAMAI 10 orang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education (USMKLE) tajaan Majlis...

Keputusan SVM Semester 4,...

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran...

Hanya 1 Hingga 2...

KUALA LUMPUR - Hanya 1.53 peratus daripada 32,368,076 panggilan kecemasan yang diterima melalui...

Kucing Ketagih Hobi Curi...

AUCKLAND — Brigit, si kucing spesies Tonkinese baharu berusia enam tahun, namun kini semakin...

Hanya 50 Pemegang Lesen Terbang Serah Diri

KUALA LUMPUR – Hanya 50 individu pemilik lesen terbang di seluruh negara yang tampil dan menyerahkan lesen mereka kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 13 Sept hingga 8 Okt lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata mereka ini terdiri daripada 25 individu warganegara manakala selebihnya bukan warganegara Malaysia.

Kamarudin berkata selain kementeriannya dan JPJ, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menjalankan siasatan kes itu.

“Siasatan SPRM memberi fokus kepada prosedur yang terlibat dalam permohonan pertukaran memandu iaitu ‘convert license’ pemandu negara asing kepada pemandu Malaysia,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengesyaki kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak dua tahun lepas susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah.


Sejak 4 Sept lepas, SPRM menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Kesemua 12 pegawai dan anggota JPJ yang ditahan melibatkan seorang Timbalan Pengarah gred 44, masing-masing dua penolong pegawai penguatkuasa KP29 dan ketua pembantu penguat kuasa KP22 serta enam pembantu penguatkuasa KP19 dan seorang pembantu tadbir N19. – BERNAMA

Kategori