Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Dana Negara Hilang RM30...

AWAL Jun lalu, rakyat gempar apabila agensi berita rasmi Bernama 'ceria' melaporkan kroni...

Jantung Anak Lana Nodin...

KUALA LUMPUR - Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya,...

Cristiano Ronaldo Raih Anugerah...

ZURICH - Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or FIFA selepas prestasi...

Tempoh Berkempen Perkenal Logo...

PETALING JAYA - Tempoh berkempen 21 hari bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Harga Ikan, Sotong Naik Berikutan Hujan Di Kedah

ALOR SETAR – Fenomena air pasang termasuk hujan lebat yang melanda beberapa negeri termasuk Kedah kini dipercayai menyebabkan kekurangan bekalan barang basah di pasaran sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah Abdul Hamid Bahari berkata, harga barang basah antaranya ikan dan sotong mengalami kenaikan harga yang mendadak dipercayai akibat kekurangan bekalan.

“Jumlah nelayan yang turun ke laut tidak menentu berikutan keadaan cuaca yang sering hujan dan laut bergelora. Ada masa antara 50 hingga 60 peratus nelayan turun ke laut tetapi apabila cuaca buruk hanya tinggal 20 peratus sahaja nelayan yang turun kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.

“Apabila jumlah nelayan yang turun sedikit maka hasil tangkapan juga berkurangan dan sebab itu ada beberapa barang yang naik harga antaranya ikan kembung yang dijual antara RM12 hingga RM15 sekilogram sedangkan sebelum ini ia boleh dibeli dengan harga RM5 sekilogram,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, sotong dan udang turut mengalami kenaikan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram bergantung saiz yang sebelum ini sekitar RM4 sekilogram.


Abdul Hamid berkata keadaan itu juga menyebabkan pendapatan nelayan di kawasan Kuala Kedah sedikit terjejas dan berharap keadaan cuaca kembali biasa bagi membolehkan nelayan turun ke laut mendapatkan hasil.

“Walaupun nelayan yang turun ke laut semasa cuaca tidak baik seperti ini tidak mengalami sebarang kemalangan, kita masih bimbang dengan keselamatan diri mereka jadi kita harap cuaca kembali elok supaya kita dapat turun tangkap ikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori