Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Artis Berhijab Perlu Tampil...

SEJUK mata memandang apabila melihat kebanyakan artis wanita tempatan sudah mula mengenakan hijab.Terbaharu...

Gambar Tular Harimau Di...

KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) negeri...

Hukum Ambil Vaksin Covid-19...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam...

‘Si Bawang Putih’ Berhijab...

"BAWANG Putihhhhhhhh! Apa kamu ingat kamu itu puteri raja di rumah ini?" Ha......

Hasrat Kan Edar Pen Sebagai Simbolik Lambangnya Terbantut

PORT DICKSON – Hasrat calon bebas, Kan Chee Yuen untuk menghadiahkan pen kepada pengundi sebagai simbolik dirinya semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, terbantut selepas beliau ditegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghentikannya.

Beliau sebelum ini telah memborong pen daripada beberapa pasar raya di sekitar daerah ini untuk diagihkan kepada pengundi, namun akur dengan arahan yang dikeluarkan SPR kepadanya menerusi e-mel, hari ini.

“Pihak saya belum lagi mengagihkan pen itu dan kami bercadang untuk mengagihkannya mulai Sabtu ini… namun pihak SPR sudah hantar e-mel kepada saya, melarang aktiviti edaran pen itu.

“Larangan itu adalah bagi mengelakkan wujudnya unsur rasuah kepada pengundi dalam kempen saya. Saya berterima kasih kepada SPR kerana menegur kesilapan itu dan saya meminta maaf dan akan patuhinya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kan, seorang pakar perunding pengurusan berkata cadangan pengagihan pen itu dibuat adalah sebagai simbolik mewakili dirinya yang memilih logo pen dalam kertas undi kelak, sebagai lambang dan akan terus membeli pen dan mendermakannya kepada sekolah yang memerlukan di Kuala Lumpur.

Kan, 45, seorang daripada lima calon bebas yang menentang calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam saingan tujuh penjuru merebut kerusi parlimen itu.

Calon bebas lain ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan Kee Leong dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan.


PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Parlimen Port Dickson memiliki sejumlah 75,770 orang pemilih berdaftar iaitu Melayu, 43 peratus, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain (dua peratus), dengan 68,486 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan tarikh mengundi adalah pada 13 Oktober ini, manakala hari pengundian awal 9 Oktober. – BERNAMA

Kategori