Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Angkara Cemburu Suami Suka...

Switzerland – Angkara cemburu, seorang wanita berusia 50 tahun, dikenakan hukuman denda £6,000...

9 Ditahan Edar Dadah...

KUALA LUMPUR - Tiga wanita antara sembilan ditahan disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah...

Anggota URB Patah Kaki,...

KEPALA BATAS - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki dan...

Pastikan Kesejahteraan, Keselamatan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tatkala negara masih lagi berjuang memerangi wabak COVID-19 dan impaknya,...

Hassan Azhari Meninggal Di HKL Akibat Kanser

TOKOH agama terkenal, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Menurut menantunya, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham, yang pernah popular sebagai guru program Muqaddam di TV1 RTM sekitar awal 1970-an, dimasukkan ke HKL pada Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya terletak di No. 2 Persiaran Keramat Hujung dekat ibu negara sebelum dikebumikan,” katanya yang juga bertugas di Kumpulan Utusan di ibu kota hampir 20 tahun lepas.

Allahyarham Hassan, 90, merupakan Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah dipilih untuk melaungkan azan semasa menyambut hari kemerdekaan negara secara rasmi di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Malah turut laung azan pada perasmian Masjid Negara pada 1967; Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun serta merupakan bapa kepada pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan.

Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Makkah pada 18 Ogos 1929. Ayahnya, Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor, manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani.


Hassan mempunyai 22 anak dari tiga isteri dengan 13 anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang juga anak Allahyarham mengesahkan perkara itu.

“Ketika ini saya difahamkan arwah bapa akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya ketika dihubungi.

Tiga anak lelakinya cukup dikenali ramai iaitu Musa dan Jalaludin serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Hulu Klang, Allahyarham Datuk Fuad Hassan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori