Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Taman Rimba Kiara Tak...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

Pemotong Lori Haram, Dihukum...

IPOH - Seorang pemotong lori haram, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Baucar Buku Pelajar Sekolah...

PUTRAJAYA - Pemberian baucar buku melibatkan murid serta pelajar institusi pendidikan di bawah...

Fasa Pertama SUKE Akan...

KUALA LUMPUR : Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran...

HeroMarket Kini Beroperasi Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – HeroMarket, rantaian pasar raya runcit tempatan, kini beroperasi di Pulau Pinang – premis pertamanya di Wilayah Utara – di All Seasons Place di sini.

Pengarahnya Francis Teng berkata pembukaan itu merupakan visi pengembangan perniagaan pertama HeroMarket di Pulau Pinang susulan potensi dan keperluan untuk menawarkan pengalaman membeli belah tambahan di pulau itu.

“Pengguna kini boleh menikmati barangan segar dan berkualiti pada harga yang terjamin daripada ladang pembekal langsung kami.

“Konsep kami untuk menawarkan produk makanan dan bukan makanan berkualiti tinggi melalui jenama Hilo, merupakan sesuatu yang penting, terutama bagi kalangan yang mahukan barangan pada harga berpatutan,” katanya selepas pelancaran HeroMarket di sini hari ini oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Teng berkata HeroMarket mempunyai 23 cawangan di Lembah Klang dan dua di Johor, dan merancang membuka beberapa cawangan di Wilayah Utara, terutama di Kedah dan Perak.


Sementara itu, Chow berkata pembukaan HeroMarket akan menjadi titik perubahan kepada industri membeli-belah runcit di Pulau Pinang, yang sekali gus memberi peluang baharu kepada masyarakat setempat untuk memilih lebih banyak barangan pada harga rendah.

“Terima kasih kerana memilih Pulau Pinang bagi meluaskan nama HeroMarket. Pelaburan ini, sudah pasti akan memberi manfaat, bukan sahaja kepada masyarakat di Air Itam bahkan penduduk Pulau Pinang dan kawasan utara secara menyeluruh,” katanya sambil menambah kewujudkan pasar raya itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, serta menyediakan destinasi pilihan untuk membeli-belah.

Sempena pembukaannya, HeroMarket turut melancarkan NOKO, kedai konsep harga patut. NOKO, mengikut dialek Hokkien bermaksud RM2. – BERNAMA

Kategori