Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shafie Digesa Teruskan Agenda...

KERAJAAN Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal digesa supaya meneruskan perjuangan...

3 Mati Terhidu Gas...

JOHOR BAHARU - Tiga lelaki mati, manakala dua lagi diselamatkan pihak Agensi Penguatkuasaan...

Seorang Lagi Mangsa Tongkang...

DARO - Satu lagi mayat awak-awak tongkang membawa muatan batu kelikir yang karam...

Polis Kenal Pasti 23...

KUANTAN - Polis Pahang mengenal pasti 23 lokasi panas kemalangan di negeri ini...

Himpunan Bantah Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 100 orang hadir di bangunan Parlimen hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 yang dilaksanakan kerajaan.

Mereka terdiri daripada kira-kira selain 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Bantahan yang diketuai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon itu bermula seawal 10.30 pagi.

Kumpulan tersebut kemudian berarak ke pintu masuk Parlimen dengan membawa kain rentang dan poster tertera perkataan-perkataan Bantah 1050, Jangan Miskinkan Pekerja, Majikan Kaya dan Pekerja Merana.

Turut serta dalam bantahan tersebut ialah bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran kemudian hadir bertemu wakil kumpulan tersebut sebelum mengajak mereka mengadakan pertemuan secara formal di dalam bangunan Parlimen.


Ketika ini perbincangan antara kedua-dua pihak sedang dijalankan.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019. – UTUSAN ONLINE

Kategori