Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Berani..Marc Jacob Mengaku Tersilap...

DUA hari lalu isu gambar bogel pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs yang tersebar...

Sami Warga Asing Ditahan...

SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan...

Penyanyi K-Pop Dikritik, Menyanyi...

PENDATANG baru dalam industri hiburan K-pop, kumpulan Bambino yang baru sahaja membuat kemunculan...

PTPTN Umum Dividen 4%...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen empat...

Hishammuddin Dinasihat Temu Daim Cari Jho Low

PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya berjumpa dengan Tun Daim Zainuddin berhubung usaha mencari ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata ini kerana Daim, yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), antara yang bertanggungjawab untuk membawa balik wang dan aset-aset 1MDB.

“Saya nasihatkan dia (Hishammuddin) bertemu Tun Daim. Namun sebagai bekas menteri Kabinet kalau ada maklumat yang boleh membantu siasatan, saya rasa dia tahu siapa lagi yang harus ditemui.

“Saya tidak mahu buat andaian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tawaran Hishammuddin untuk mencari Jho Low selepas forum perdana di Wisma Putra di sini hari ini.

Semalam Hishammuddin berkata beliau bersedia menawarkan dirinya untuk mencari Jho Low di China dengan menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China bagi menyelesaikan skandal 1MDB.


Tindakan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan tidak diminta oleh Putrajaya. Jho Low adalah antara individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan 1MDB. – BERNAMA

Kategori