Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Serangan Paris: Saya Selamat,...

BAGI yang mengikut perkembangan artis comel, Emma Maembong menerusi Instagram, pastinya mengetahui pelakon...

Sultan Selangor Rasmi Pusat...

SHAH ALAM, - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan...

Kedah, Perak Teruskan Rentak...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia...

Chong Wei, V Shem/Wee...

KUALA LUMPUR - Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama,...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan Isu Siasatan Fitnah

KUALA LUMPUR – Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam laman blognya pada 18 September lalu.

Siasatan terhadapnya dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang pekerja Pelita Group yang disebut dalam artikel tersebut.

“Saya dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

“Saya hanya menjawab soalan berkaitan peribadi dan jawapan lanjut berkenaan artikel tersebut akan dijawab secara terperinci di mahkamah,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Hishamuddin hadir bersama peguamnya, Zaid Malek kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai memberi keterangan setengah jam selepas itu.


Artikel yang dimuat naik dalam blog tukartiub.blogspot.com miliknya itu menggesa Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jemaah Kabinet dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Daim Zainuddin untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Siasatan yang mahu dilakukan adalah berkenaan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika Abdul Azeez menjadi Pengerusi Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE

Kategori