Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tok Mat Berdepan Pertembungan...

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disaingi empat calon lain...

Iran Beri Amaran Percepat...

TEHRAN – Iran memberi amaran akan membina bom nuklear pada kadar segera yang...

UniMAP Lancar Tabung Bencana...

ARAU - Simpati dengan nasib lebih 250 setinggan di Tawau, Sabah yang tinggal...

Pembangkang Malaysia Kategori Dayus

Kekecohan berhubung penolakan usul tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah di Parlimen...

Hoki: Skuad Remaja Negara Hampiri Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara semakin hampir untuk ke peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina selepas membelasah Zambia 7-2 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A pada Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Ini merupakan kemenangan ketiga Malaysia yang sebelum ini membenam Vanuatu 14-0 dan menewaskan Mexico 4-2.

Dalam pertemuan awal pagi tadi, pasukan negara Afrika itu mendahului skuad negara pada minit ke-2 menerusi gol padang Dominic Mulenga namun Malaysia pantas bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui gol padang Noor Firdaus Rosdi, demikian menurut Persekutuan Hoki Malaysia menerusi laman Facebook mereka.

Seminit kemudian, Mulenga sekali lagi membolosi gawang gol Malaysia namun kelebihan itu gagal dipertahankan Zambia apabila Malaysia membuat serangan bertalu-talu yang menghasilkan enam gol dalam tempoh 14 minit.

Pemain negara Mohamad Akhimullah Anuar Esook terus menjadi perhatian selepas menjaringkan empat gol masing-masing pada minit ke-5, -10, -12 dan -19 manakala dua lagi gol Malaysia dijaringkan oleh Muhamad Amirul Hamizan Azahar dan Syarman Mat Tee, masing-masing pada minit ke-9 dan ke-12.

Malaysia akan menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang pasukan tuan rumah Argentina awal pagi esok waktu Malaysia.


Untuk rekod, Malaysia tidak layak pada dua edisi terdahulu iaitu 2010 di Singapura dan 2014 di China.

Sementara itu, pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei mara ke peringkat suku akhir selepas muncul juara Kumpulan C.

Jin Wei yang sudah meraih dua kemenangan, menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menewaskan wakil Jerman, Anne Spoeri 21-7, 18-21 dan 21-9 pada perlawanan ketiganya.- BERNAMA

Kategori