Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Hotel Diseru Ketengah...

SUNGAI PETANI - Pengusaha hotel perlu bersama memainkan peranan mengetengahkan hidangan menu kepelbagaian...

Harga Dedak Ayam Naik...

SEGAMAT – Isu harga ayam dan telur ayam masih belum reda, timbul pula...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani...

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang...

Ustaz Kazim Bantu Warga...

IPOH - Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan...

Hormati Hukum-Hukum Islam

SHAH ALAM – Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana ia agama bagi persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, disebabkan itu, masyarakat mesti menghormati segala hukum-hukum Islam walaupun golongan bukan Islam.

“Maka setiap umat di negara ini berpegang kepada perlembagaan, wajiblah menghormati agama itu (Islam). Jadi kalau agama itu melarang membuat pesta arak, tak bolehlah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tentang beberapa isu yang mencabar umat Islam sejak akhir-akhir ini antaranya pesta arak Oktoberfest dan menjual makanan berasaskan khinzir secara terbuka dalam sebuah ekspo di Melaka.

Harussani berkata, kerajaan juga perlu faham dan mematuhi perlembagaan negara dengan melarang program yang bertentangan dengannya.

“Kerajaan tidak boleh beri kebenaran, itu melanggar perlembagaan. Mereka kena faham itu. Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara.


“(Kalau kebenaran diberi) sama saja (seperti) dia minum arak, kemudiam cakap ‘saya tak minum arak’ sebab membenarkan (adakan pesta arak) pun sama hukumnya dengan minum. Dari segi hukum arak ini, orang yang beli, tolong beli atau tunjukkan kedai, dosanya sama dengan dia minum. Arak ini sebesar-besar maksiat,” katanya.

Menurutnya, penganjuran pesta yang melibatkan orang ramai dan seolah-olah bersifat satu kempen itu tidak boleh diterima.

“Dia nak minum, dia punya pasal, tetapi (perlu) di rumahnya atau di tempat-tempat tertentu sahaja bagi dia,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori