Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Azeem Fahmi, Shereen Tempah...

HARAPAN dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi...

99.9 Peratus Akar Umbi...

MARANG : Sebanyak 99.9 peratus akar umbi Pas berpuas hati dengan keputusan parti...

Pakatan Harapan Bakal Guna...

GABUNGAN pembangkang Pakatan Harapan (PH) akhirnya akur dengan hakikat yang ia akan memasuki...

Laporan Panel Hal Ehwal...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan akan bersidang selama...

‘Hormati Sultan Sebagai Ketua Agama’

IPOH – Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof, supaya menghormati Sultan sebagai ketua agama berhubung kenyataannya mengenai penguatkuasaan undang-undang syariah.

“Dr Mujahid seharusnya menghormati Sultan sebagai ketua agama negeri kerana urusan penguatkuasaan undang-undang syariah adalah kuasa negeri dan setiap negeri mempunyai tatacara jenayah sendiri.

“Ini termasuk di dalam perkara membabitkan amar makruf nahi munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan menjadi kewajipan pemerintah menjalankan amar makruf nahi munkar ini,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Zamri berkata, asalnya tajassus atau pun mengintip itu tidak dibenarkan tetapi para ulama telah membuat pengecualian bagi beberapa perkara.

“Ini termasuk membabitkan isu nyawa dan maruah, apabila ada sangkaan yang kuat mengenainya seperti terkandung dalam kitab-kitab Raudhah al Talibin, Nihayah al Muhtaj, Al Ahkam Al Sultaniah, Ulumiddin dan lain-lain dan ia juga termasuk dalam kaedah Sad Al Zariah iaitu menutup pintu-pintu kemaksiatan,” katanya.


Zamri berkata, membuat penambahbaikan terhadap prosedur amat dialu-alukan tetapi membiarkan maksiat terus berlaku itu satu kecuaian dari pihak yang diberi tanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mujahid berhubung perkara itu dalam satu temu bual yang disiarkan sebuah akhbar semalam. – BH ONLINE

Kategori