KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Datuk Afdlin Shauki iaitu Fadzilah Jelani dikhabarkan telah meninggal dunia setelah beberapa kali menjalani rawatan akibat diserang penyakit jantung.
Perkhabaran itu disampaikan oleh rakan baik beliau, Datuk AC Mizal menerusi akaun Facebook miliknya kira-kira sejam lalu.
Pada April lalu, Afdlin pernah berkongsi status dalam akaun media sosialnya bahawa Fadzilah pernah menjalani rawatan di Unit Kardiologi Hospital Serdang.
Bagaimanapun, usaha Utusan Online menghubungi Afdlin untuk mendapatkan maklumat terperinci masih belum berhasil. – UTUSAN ONLINE