Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jejaka Ini Jatuh Cinta...

JEJAKA kacak berketurunan Belanda-Belgium yang sudah mengembara ke 60 buah negara di seluruh...

Geran Tanam Semula Sawit...

KUALA LUMPUR - Geran penanaman semula untuk meningkatkan produktiviti minyak sawit negara mungkin...

Restoran Mamak Al Ehsan...

Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan...

Pangkalan Udara Baharu TUDM...

PORT DICKSON - Projek pembinaan pangkalan udara baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

Ibu Tunggal Muda Di Perlis Disaran Sertai PERKIT

KANGAR – Golongan ibu tunggal muda disaran menyertai Persatuan Ibu Tunggal (Perkit) Perlis, bagi perkasa serta melancarkan aktiviti persatuan yang kini sebahagian besar anggotanya sudah berusia lebih 60 tahun.

Yang Dipertua Perkit Perlis, Saadiah Habil berkata ​​​​persatuan, yang kini mempunyai 300 anggota itu memerlukan ​penyertaan ibu tunggal muda yang lebih bertenaga dan berupaya menyumbangkan pelbagai bantuan termasuk kewangan.

“Ramai ibu-ibu tunggal muda di negeri ini menjadi insan yang berjaya dengan melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

“Jika mereka menyertai Perkit, sedikit-sebanyak boleh bersama-sama membantu ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan,” katanya pada program Ziarah Kasih Perkit bersama Majlis Kebajikan Negeri Perlis ke beberapa buah rumah ibu tunggal uzur di sekitar bandar ini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu tunggal yang uzur dan memerlukan pertolongan agar menghubungi Perkit di talian 013-4354846 untuk bantuan. – BERNAMA

Kategori