Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Kritik Akhbar...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengkritik laporan...

Selepas 2 Tahun, Lokasi...

SYDNEY - Selepas dua tahun,pakar yakin lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 selama...

ESSCOM Patah 15 Cubaan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan 15...

Program Jahit Jana Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Suri rumah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara...

IKHLAS Gesa Keadilan Kepada Tahanan ATIPSOM

PUTRAJAYA – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara bagi menggesa kerajaan memberi keadilan saksama kepada tahanan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Presiden Ikhlas Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata keluarga pesalah ATIPSOM risau dengan nasib anak-anak mereka yang masih direman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Beliau berkata tahanan itu tidak sepatutnya dibicarakan mengikut Akta SOSMA kerana kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjanjikan SOSMA akan dibubar dan dimansuhkan pada Julai lalu.

“Saya menyeru pihak Peguam Negara untuk menimbangkan faktor-faktor keadilan dalam pertuduhan tahanan di bawah kesalahan ATIPSOM yang masih direman di bawah Akta SOSMA,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Pejabat Peguam Negara Wasri Ahmad Sujani di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata keluarga kepada lebih 100 OKT di seluruh negara juga memohon agar Ketua Hakim Negara mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes ATIPSOM sehingga Peguam Negara memberi pertimbangan memansuhkan SOSMA. – BERNAMA

Kategori