Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tangguh Awal Sesi Dewan...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan...

GAMBAR: Di Sekitar Majlis...

TANGGAL 25 Disember telah melakar sejarah dalam hidup pelakon Nabila Huda apabila sah...

Tahfiz: Kedah Sedia Selaras...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan...

Logo Halal Baharu Hanya...

PASIR SALAK - Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim...

India Negara Sumber Terbesar Penghijrahan Luar

NEW DELHI – India merupakan negara sumber terbesar penghijrahan luar, diikuti China kerana jumlah pendatang asing meningkat kepada 257.7 juta pada 2017.

Menurut laporan terkini Bank Pembangunan Asia (ADB), India menyumbang 17 juta migran, disusuli China seramai 10 juta dan Bangladesh sebanyak 7.5 juta,

Pada 2015 jumlah migran meningkat kepada empat peratus daripada 247.7 juta kepada 257.7 juta tahun lepas, dengan satu pertiga dari Asia.

Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah untuk 12.3 juta pendatang Asia, manakala Arab Saudi (8.5 juta) dan Rusia (6.8 juta).

Sepuluh negara sumber migran termasuk dari Pakistan, Filipina, Afghanistan, Indonesia, Kazakhstan, Myanmar dan Vietnam.

“Negara yang mempunyai pertumbuhan penduduk berterusan dan peluang pekerjaan yang luas terus menerajui penghijrahan luar, sementara peningkatan pendapatan serta kecekapan pengawalseliaan membantu menurunkan penghijrahan pekerja asing luar negara,” kata laporan ADB.


“Masalah penuaan di negara maju menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang menyumbang kepada peningkatan permintaan tenaga pekerja asing,” katanya.

Negara Pertubuhan dan Pembangunan Ekonomi kekal menjadi destinasi utama bagi pekerja mahir yang datang dari Asia, majoritinya ke AS. – BERNAMA

Kategori