Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Satu Kes Terbaharu Rabies...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan satu lagi kes rabies atau anjing gila...

Kanak-Kanak Dijumpai Selepas 4...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di...

Yatt Hamzah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Yatt Hamzah yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah...

Dua Calon Pembangkang Bakal...

LUNDU - Persaingan berat sebelah yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendominasi kempen pilihan...

India Tembak Helikopter Perdana Menteri Kashmir

ISLAMABAD – Helikopter pemimpin wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan ditembak tentera India, semalam, berhampiran sempadan dalam tindakan yang dijangka memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Wilayah majoriti Muslim, Kashmir terbahagi di antara kedua-dua negara berjiran kuasa nuklear, masing-masing mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap seluruh wilayah itu dan sudah berperang dua kali, sejak pemisahan pada 1947.

Perdana Menteri wilayah Azad Kashmir, Farooq Haider Khan berkata, helikopter awam beliau ditembak tentera India daripada sempadan.

“Tentera India menembak untuk menunjukkan Pakistan menceroboh ruang udara mereka, namun ketika tembakan, kami berada dalam ruang udara sendiri,” menurut kenyataan pejabat Khan.

Jurucakap tentera India, Leftenan Kolonel Devender Anand berkata, sebuah helikopter Pakistan menceroboh ruang udara India di sepanjang sempadan di dearah Poonch, Kashmir tengah hari semalam.


“Kemungkinan ia adalah helikopter awam dan terbang amat tinggi. Pengawal udara di barisan hadapan menembaknya dengan senjata ringan,” kata Anand. – Reuters/ONLINE

Kategori