Saturday, October 19, 2024

Creating liberating content

Pilih Duda, Anis Al-Idrus...

SETELAH gagal dengan beberapa siri percintaannya terdahulu, akhirnya pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus...

Kelantan Mahu Pihak Berkuasa...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan meminta pihak berkuasa agar meningkatkan pemantauan terhadap rakyat...

Tuduhan Rogol Pembantu Rumah,...

IPOH : Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul...

Cubaan Sebar Ajaran Sesat...

KUALA TERENGGANU - Kumpulan sesat menggelarkan diri sebagai 'Mother of God' dikesan cuba...

Indonesia Syurga Lebih 250 Jenis Sate!

MERIAH… Jika anda fikir makanan istimewa Indonesia hanya setakat rendang atau nasi goreng, anda mungkin tersilap. Satu kajian baru-baru ini mendedahkan negara itu ada lebih 250 jenis sate!

Perkara itu dibongkar oleh Murdijati Gardjito, seorang pensyarah teknologi dan sains di Universiti Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, mendedahkan bahwa Indonesia sebenarnya mempunyai sejumlah 252 macam sate.

Secara umum, makanan ini dikenali sebagai hidangan tradisional yang dihasilkan dengan kepingan-kepingan daging perlu dipanggang sebelum dapat dihidangkan bersama-sama kuah kacang atau sambal dan sayur-sayuran.

Daripada jumlah berkenaan, asal usul 175 jenis sate boleh lagi dijejaki. Bagaimanapun baki yang lain masih tidak diketahui asal usulnya. Ada juga dipercayai sate tersebut mungkin dihasilkan daripada resipi-resipi yang sedia ada.

“Memandangkan terdapat beraneka jenis hidangan sate di sini, sudah pasti ia layak menjadi antara hidangan masakan istimewa Indonesia,” kata Murdijati dalam satu forum makanan yang dianjurkan baru-baru ini.

Hasil kajian yang dijalankan pensyarah wanita ini antara tahun 2014 hingga 2017, beliau mengatakan bahawa 175 jenis sate tersebut malahan boleh ditemui ada di seluruh kepulauan Indonesia, kecuali di Lampung dan Mandar.

Yogyakarta merupakan kawasan paling banyak jenis sate ditawarkan – iaitu 21 jenis. Ia disusuli Semarang yang menawarkan 12 jenis, manakala Bali dan Pekalongan, kedua-dua daerah ini memiliki 11 jenis sate dijual di pasaran.

Baca: Bosan Kerja Bank, Lelaki Ini Jual Sate Di Switzerland

Juga: Sate ‘Hispter’ Berwarna-Warni Ceriakan Aidilfitri

Lapor akhbar berpengaruh The Jakarta Post, dari segi bahan yang digunakan, daging kekal sebagai pilihan ramai, dengan haiwan lembu yang paling popular dalam kalangan penduduk Indonesia, diikuti sate ayam dan kambing.


Rempah-ratus yang lazimnya digunakan pula adalah garam, bawang putih, bawang merah, ketumbar dan gula kelapa. Kuah kacang pula menjadi hidangan sampingan pilihan ramai penggemar memakan hidangan sate.

Ada juga memilih sos kicap, hirisan bawang, cili, tomato dan bawang goreng. Murdijati, yang juga penyelidik di Pusat Kajian Nutrisi dan Makanan UGM, memberitahu The Jakarta Post, ada juga jenis sate baharu dihasilkan.

Ia didapati menggunakan daging atau sayur-sayuran yang dimasak dengan menggunakan rempah-ratus mengikut kesesuaian sesuatu budaya tempatan di sesebuah wilayah di negara terbesar rantau Asia Tenggara tersebut.

“Menariknya, ada juga sate yang langsung tidak mengikut resipi tradisional hidangan tersebut. Misalnya, sate godog dari wilayah Aceh, yang dagingnya direbus dan bukan dipanggang sebagaimana kelaziman,” tambah Murdijati.

Menurut Jakarta Post, ada juga sate sempol ayam, yang juga tidak dipanggang dan sebaliknya digoreng. Kalau anda akan melancong ke negara itu pada hujung tahun ini, mungkin sesuai mencuba pelbagai jenis sate yang baharu.

Ada sate cendawan, sotong, ikan dan bebola daging selain bunthel (sate daging cincang), klatak (sate kambing yang dipanggang dalam api besar), maranggi (sate lembu berempah) dan kere (sate touhu). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori