LONDON – Duchess of Sussex Meghan Markle kini hamil dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada musim bunga tahun depan, umum Istana Kensington pada Isnin lapor agensi berita Xinhua.
Berita itu diumumkan beberapa jam selepas beliau dan suaminya Putera Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth, tiba di Australia untuk lawatan rasmi negara yang pertama.
Menerusi kenyataan istana, pasangan diraja itu “menghargai semua sokongan yang diberikan dari seluruh dunia dan berbesar hati dapat berkongsi berita gembira dengan semua.”
Pasangan itu berkahwim pada Mei tahun ini. – BERNAMA