Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Haqiem Sudah Minta Maaf...

PENYANYI dan komposer terkenal, Asfan Shah menjelaskan perselisihan faham antara dirinya dengan pencipta...

Mara Sedia RM36j Untuk...

KUALA TERENGGANU - Majis Amanah Rakyat (Mara) Terengganu menyediakan peruntukan pinjaman kira-kira RM36...

“Saya Bukan Bintang Porno”...

JERMAINE Pennant menafikan dakwaan mengenai beliau adalah bintang porno dan menyifatkannya sebagai 'gurauan'. Bekas...

Macam Nama Trump, Model...

WASHINGTON DC - Apa ada pada nama? Namun sebuah syarikat automotif China terpaksa...

Isteri CEO Cradle Fund Gagal Tangguh Proses Gali Semula Kubur Suami

PUTRAJAYA – Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi menangguhkan proses penggalian semula kubur suaminya untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas jenazah Allahyarham.

Ini berikutan keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohtarudin Baki, yang menolak permohonan Samirah Muzaffar, 43, bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan pihak polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin.

Hakim Mohtarudin, ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati permohonan Samirah tidak mempunyai merit dan perintah penggalian semula kubur yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Okt lepas, turut dikekalkan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Samirah yang diwakili peguam M. Puravalen, supaya ahli patalogi forensik yang dilantik oleh Samirah hadir semasa bedah siasat kedua itu asalkan ia tidak mengganggu kerja-kerja polis.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Hakim Datuk Rodzariah Bujang membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Puravalen dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin yang ​​​​​​​mewakili pendakwaan.

Pada 4 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membetulkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 1 Okt lepas, yang membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menggunakan kuasa budi bicaranya untuk membuat pembetulan terhadap peruntukan yang diguna pakai dalam perintah Mahkamah Majistret iaitu dari Seksyen 339 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) kepada Seksyen 329 (3) Kanun sama.

Beliau berpendapat, Majistret tidak sepatutnya mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 339 (3) KPJ kerana seksyen itu melibatkan permohonan untuk inkues, sedangkan kes ini masih di peringkat siasatan.

Sehubungan itu, hakim berkenaan memperbetulkan arahan majistret kepada Seksyen 329 (3) Kanun sama bagi memberi kuasa kepada pihak polis gali semula kubur Allahyarham untuk menentukan sebab kematian.


Hakim Ab Karim turut menetapkan syarat tambahan yang dipersetujui pihak pendakwaan iaitu seorang wakil keluarga pemohon (isteri mangsa) dan seorang wakil agamawan dibenarkan hadir semasa proses penggalian kubur dan sewaktu pengebumian semula.

Beliau berkata pemohon (isteri mangsa) sebagai waris juga dibenarkan hadir ketika proses bedah siasat kedua dan pakar patologi bebas dibenarkan hadir sekiranya mendapat kelulusan daripada pakar patologi yang akan menjalankan bedah siasat kedua itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan sebelum ini berkata bedah siasat kedua ke atas jenazah Nazrin dilakukan susulan terdapat anggota keluarga tidak berpuas hati atas laporan sebelum ini.

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Pada 24 Sept lalu, sepasang suami isteri yang merupakan adik ipar kepada Nazrin pula direman selama empat hari. Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. – BERNAMA

Kategori