Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Tak Sengaja Tembak...

Washington: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan tuduhan membunuh selepas menembak saudaranya...

Jepun Lulus Had Usia...

TOKYO - Kerajaan Jepun akhirnya berjaya meluluskan pindaan undang-undang untuk menurunkan had usia pengundi muda...

Perhimpunan Agung PBB Terima...

HAMILTON, Canada - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu...

Rayani Air Digantung Tiga...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara...

Isteri Dipenjara Kerana Periksa Telefon Suami

MAHKAMAH di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara terhadap seorang wanita yang mengakses telefon bimbit suaminya tanpa izin.

Dalam satu kenyataan yang dibuat terhadap isterinya, suami yang tidak dinamakan itu menyatakan bahawa isterinya akan mengakses telefonnya ketika dia sedang tidur, menyalin semua data, termasuk gambar dan mesej perbualan ke telefon pintarnya sendiri supaya dia dapat melihat semua maklumat tersebut di kemudian hari.

Lelaki itu juga mengadu isterinya akan berkongsi sebahagian daripada maklumat peribadi tersebut dengan adik-beradiknya yang lain.

Walaupun wanita itu mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa suaminya telah memberi kata laluan dan keizinan untuk dia melihat telefonnya kerana sebelum ini suaminya ‘ditangkap’ berbalas mesej dengan wanita lain, mahkamah di Ras Al Khaimah mendapati dia bersalah.

Suaminya memfailkan aduan terhadap isterinya dan pihak polis memanggilnya untuk soal siasat.

Satu kes kemudian telah difailkan terhadap wanita itu kerana melanggar undang-undang privasi UAE yang ketat, yang menyatakan bahawa pasangan suami isteri dilarang mengakses telefon peribadi masing-masing tanpa izin, walaupun salah seorang daripadanya mengesyaki pasangannya curang.

Kes ini mula dilaporkan pada 1 Oktober dan sejak itu mencetuskan perdebatan hebat di media sosial.


Walaupun ada yang merasakan bahawa wanita itu layak menerima hukuman itu kerana melanggar undang-undang, ada juga yang berpendapat bahawa adalah salah dari segi moral apabila seorang suami menghantar isterinya ke penjara selama beberapa bulan hanya kerana dia melihat telefonnya tanpa izin.

“Dia layak mendapat hukuman itu. Tiada siapa suruh dia mengakses telefon suaminya,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Jika dia tidak mencurigai sesuatu, dia takkan mengakses telefon itu. Tidakkah dia rasa malu memenjarakan isterinya sendiri?.” kata seorang lagi pengguna Twitter. – Oddity/mStar Online

Kategori