Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Bekas Askar Alami...

LONDON - Seorang bekas askar Britain disahkan menghidap sejenis penyakit otak yang nadir...

Banjir: Puteri UMNO Gerakkan...

ALOR GAJAH - Kira-kira 100 anggota Skuad Puteri Prihatin yang merupakan sayap sukarelawan...

Ipoh Bakal Jadi Kota...

IPOH - Bandaraya Ipoh bakal menjadi bandaraya pembuatan kasut yang terulung dalam negara...

VIDEO: Cool.. Guru Matematik...

VIDEO seorang guru mata pelajaran matematik membuat kejutan 'April Fool' di dalam kelasnya telah...

Isu Grab Jadi Bukti PH Memang Fitnah Rosmah

SINDIR… Pengumuman Kementerian Kewangan untuk ganti bas pengantara stesen MRT dan LRT dengan khidmat Grab bukti selama ini Pakatan Harapan (PH) fitnah Datin Seri Rosmah Mansor.

Perkara itu didedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil menegaskan bahawa sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, PH heboh menularkan berita palsu kononnya Rosmah ialah pemilik Uber dan Grab.

Menurut beliau yang juga mantan Menteri Kewangan, segala fitnah dan tuduhan jahat yang dilemparkan PH itu semata-mata untuk menyemarakkan perasaan kemarahan orang ramai terhadap peribadi Najib dan isterinya.

“Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab, maka dia ialah usahawan paling berjaya di Malaysia dan turut pahat nama di luar negara! Malangnya ia tidak benar, isteri saya tiada kena-mengena Uber dan Grab.”

Najib menulis menerusi hantaran terkininya dalam akaun sosial Facebook hari ini sebagai ulas kenyataan Pegawai Khas Menteri Kewangan, Tony Pua agar perkhidmatan itu ambil alih operasi bas pengantara bagi jimat kos kerajaan.

Menjelaskan lebih lanjut, Najib tidak menolak kemungkinan fitnah isterinya konon pemilik Uber dan Grab apabila beliau cadang kepada Khazanah Nasional Berhad untuk untuk labur dalam Grab kerana melihat potensi firma itu.

“Bagaimanapun, selepas membuat penilaian terperinci, pihak Khazanah memutuskan untuk tidak membuat sebarang pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

“Namun sudah tentu, Khazanah sekarang berasa kesal kerana Grab kini sudah bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion),” tambah Najib dalam nada sindiran merujuk kejayaan operasi syarikat berkenaan catat keuntungan di seluruh dunia.

Manakala Uber yang merupakan syarikat berasal dari Amerika Syarikat, ketika ini bernilai AS$72 bilion (RM300 bilion). Pesaingnya, iaitu Grab adalah sebuah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia.

Jelas Najib, Grab sebenarnya bermula sebagai ‘My Teksi’ tetapi hari ini ia sudah berjaya bersaing di luar negara dan turut menggantikan perkhidmatan Uber di Malaysia dan rantau Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Tambahnya, beliau sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi selepas PRU ke-14 berakhir dan ada kalangan mereka tampil meminta maaf kerana terperdaya dengan fitnah dilemparkan jentera PH sebelum pilihan raya.


Mereka beritahu beliau bahawa ramai pemandu teksi ketika itu yakin bahawa PH akan bertindak mengharamkan Uber dan Grab jika menang PRU ke-14 sehingga terlupa jasa Barisan Nasional (BN) membela nasib mereka.

“Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi pihak PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang. Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan mempergunakan pemandu teksi.

“Mereka racuni pemikiran penumpang sebagai penyebar propaganda anti-BN kerana PH tahu, pemandu teksi jumpa ramai orang setiap hari,” kata Najib sambil mengakui rakyat senang dengan perkhidmatan e-hailing pada masa itu.

Malah, ramai anak muda gembira peroleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber sama ada sepenuh masa atau secara sambilan pada waktu kelapangan bagi mereka yang sudah ada kerja tetap.

Jelas Najib, seperti di kebanyakan negara luar, usaha untuk pengharaman Uber dan Grab agak sukar dilakukan pihak berkuasa kerana ia hanya guna aplikasi telefon pintar berbanding teksi yang perlu ditahan di tepi jalan.

“Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi bagi menerima pelanggan secara tradisional tanpa tempatan atas talian.

“Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangannya ialah untuk kawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut sediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi.

“Ia agar mereka bersaing secara sihat,” katanya lagi. Semasa pentadbirannya, selain bantuan kewangan, pemandu teksi juga dapat permit persendirian dan bukan lagi sewa permit dari syarikat kroni yang diwarisi sebelum ini.

“Hari ini, ramai pemandu teksi kesal kerana sedar tertipu. Grab tidak diharam sebagaimana diharapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi seperti era pentadbiran saya turut dihenti,” tambah beliau. – Mynewshub.TV

Kategori