Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO : Ini Aksi...

TUMPAT (Kelantan) - Bertempat di Pantai Geting, semalam diadakan Sukan Berkuda di kawasan...

Beyonce Disaman Lebih RM20...

PENYANYI diva popular, Beyonce Knowles disaman oleh bekas penyanyi latarnya sendiri sebanyak RM26...

Polis Yakin Dapat Jejak...

SHAH ALAM – Polis yakin dapat menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian tembak...

Hak Untuk Bercakap Perlu...

PETALING JAYA - Menafikan hak timbalan presiden dan naib presiden untuk berucap di...

Jabatan AG Bantah Saman Pemula Seorang Pengundi PD Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AG) hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap saman pemula seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) yang menuntut perisytiharan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh kelayakannya tamat disebabkan status pengampunannya yang dipertikaikan.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi dengan dihadiri peguam J. Leela mewakili Anwar dan peguam Datuk M. Reza Hassan mewakili pengundi berkenaan, Noraziah Mohd Shariff.

Suzana yang bertindak bagi pihak Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan selaku responden kedua dalam saman itu berkata bantahan dikemukakan atas alasan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemohon kerana apa-apa pertikaian membabitkan pilihan raya sepatutnya difailkan melalui Petisyen Pilihan Raya.

“Oleh itu, mahkamah menetapkan 8 Nov untuk mendengar bantahan awal berkenaan,” katanya.

Leela yang mewakili Anwar selaku Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu, memberitahu pemberita bahawa sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan anak guamnya bagi membatalkan saman pemohon.

Bagaimanapun, Leela berkata pendengaran itu ditangguhkan ke 8 Nov ini selepas M. Reza memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya terlebih dahulu mengenai permohonan Anwar untuk membatalkan saman pemula itu.

“Hari ini juga, pihak Peguam Negara telah membangkitkan bantahan awal terhadap saman pemula berkenaan atas alasan tindakan itu sepatutnya difailkan melalui Petisyen Pilihan Raya dan bukan melalui saman pemula,” katanya.

M. Reza bagaimanapun berkata beliau baru memperoleh dokumen berkaitan permohonan Anwar untuk membatalkan saman anak guamnya, hari ini dan memerlukan masa meneliti permohonan berkenaan.

Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu semalam atas alasan Noraziah tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk mengemukakan tuntutan tersebut dan tiada sebarang kuasa tindakan munasabah dalam kes berkenaan selain mendakwa keputusan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

Pada 28 Sept lepas, Noraziah, 38, memfailkan saman pemula terhadap kedua-dua responden bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam perkara pengampunan Anwar adalah tidak menepati perlembagaan.


Pemohon turut memohon perintah bahawa responden pertama (Anwar) adalah tidak berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh hilang kelayakannya tamat.

Noraziah dalam afidavit sokongannya yang disertakan dengan saman pemula berkata beliau memohon perintah itu atas alasan mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 adalah hilang kelayakan untuk menjadi anggota Parlimen.

Mengikut afidavit itu juga, Noraziah mendakwa pada 16 Mei 2018, Anwar telah dilepaskan setelah menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan jenayah yang menjadikan beliau hilang kelayakan untuk menjadi anggota Parlimen.

Dakwanya lagi, Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat responden kedua (Lembaga Pengampunan) telah memberikan pengampunan kepada Anwar pada 16 Mei 2018, namun Yang Di-Pertuan Agong tidak pernah membatalkan hilang kelayakan responden pertama seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 48(1)(e).

Noraziah juga mendakwa responden kedua yang ditubuhkan bagi menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pengampunan Anwar, telah ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan berikutan ketiadaan Menteri Wilayah dan Peguam Negara pada masa pengampunan dijalankan.

Saman pemula itu juga turut disertakan dengan perakuan segera yang diikrarkan peguam Umi Farhanah Mohd Nasir supaya mahkamah mendengar saman itu dengan kadar segera atas alasan Plihan Raya Kecil PD dijadual diadakan pada 13 Okt di mana Anwar menjadi calon dan status pengampunannya juga perlu diputuskan dengan kadar segera kerana ia berhubung kait dengan hilang kelayakan beliau selaras dengan Perkara 48(1)(e). – BERNAMA

Kategori