Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPI Baharu Perkasa Wanita...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersedia untuk memberikan komitmen...

Penjawat Awam Perlu Pakai...

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berhubung dasar pemakaian pakaian batik...

Lelaki Selamba Jalan Sambil...

SEORANG lelaki yang telah membunuh dan memotong kepala isterinya, dengan tenang berjalan keluar...

Harga Minyak: Arab Saudi,...

RIYADH : Dua pemimpin de facto Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

Jabatan Kesihatan Kedah & Perak Siasat Kes Kematian Akibat Laksa

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Landak Kupang, Baling yang mula tular di laman sosial, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu pemakluman melalui pesanan WhatsApp kepada Bernama memberitahu kedua-dua jabatan itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata memandangkan kejadian tersebut melibatkan kematian dan merentasi sempadan negeri Kedah dan Perak, sebarang kenyataan rasmi akan dibuat melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang memaklumkan bahawa dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa yang dijual di gerai di Kampung Landak Kupang. – BERNAMA

Kategori