Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Azmin PM Ke-8, Mohon...

KUALA LUMPUR ā€“ Beberapa kain rentang yang dipasang di sekitar Presint 14, Putrajaya...

Daim Cadang Temu PM...

KUALA LUMPUR ā€“ Tun Daim Zainuddin berkata beliau bercadang menemui Perdana Menteri Tun...

Sindiket Curi Kereta Tumpas,...

BANGKOK ā€“ Sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi...

Video: Haiwan Ganjil Suara...

BEBERAPA rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat...

Jabatan Peguam Negara Digesa Tidak Dakwa Adik Lokman

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara digesa supaya tidak menimbang untuk mendakwa Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, kerana menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri yang bertanggungjawab bagi hal undang-undang, Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.

ā€œIni mencerminkan Perdana Menteri kita begitu berjiwa besar. Sebagai pemimpin negara dan menteri kerajaan, kami sering menjadi bahan cemuhan dan kritikan orang ramai.

ā€œPerkara yang perlu diperhatikan ialah sesuatu kenyataan yang dibuat terhadap pemimpin politik janganlah besifat menghasut kerana undang-undang memperuntukan bahawa tindakan boleh diambil terhadap orang yang menabur fitnah.

“Malah, undang-undang juga memperuntukkan bahawa seseorang yang difitnah, boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang,ā€ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Liew berkata demikian bagi mengulas penahanan Azman baru-baru ini selepas dia didakwa menyebar gambar yang menghina Mahathir melalui media sosial.

Semalam, Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil terhadap Azman kerana ahli politik perlu bersedia untuk dikritik.

Menurut perdana menteri, beliau pernah dicemuh dengan pelbagai gelaran semasa menyandang jawatan itu sebelum ini, tetapi tidak pernah mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

“Saya tak kisah dihina oleh sesiapa pun; ia tidak memberi kesan kepada saya,ā€ katanya.


Menyentuh tentang Akta Hasutan, Liew berkata, pada masa ini, proses memansuhkan akta itu sedang diteliti jawatankuasa dan kementerian berkenaan.

ā€œKertas Kabinet akan dikemukakan untuk pertimbangan jemaah menteri tidak lama lagi,ā€ katanya.

Beliau berkata terdapat peruntukan dalam Akta sedia ada yang memelihara kedudukan pemerintah negara itu iaitu Yang Di Pertuan Agong daripada semua bentuk serangan hasutan.

ā€œSebagai Raja Berperlembagaan kita, baginda perlu dihormati dan kita perlu sentiasa setia kepada Raja kita seperti yang termaktub dalam Rukun Negara,ā€ katanya.

Sementara itu, Liew berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman tidaklah terlalu terkhilaf dalam kenyataannya kerana Akta Hasutan belum dimansuhkan lagi.

Terdahulu, Azis, yang juga Anggota Parlimen Sepanggar daripada Warisan, berkata kenyataannya sebelum ini berhubung isu itu tidak bermakna beliau bersetuju Akta itu dikekalkan. –Ā BERNAMA

Kategori