Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Bateri Galaxy Note...

NAMPAKNYA pelancaran model iPhone 7 yang bakal berlangsung 7 September ini oleh syarikat gergasi 'buah',...

PH Mahu Wujud Akta...

KUALA LUMPUR : Sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menakluki Putrajaya selepas Pilihan Raya...

Muhyiddin Tegas Tak Bersekongkol...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak...

Aktiviti Cegah Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang...

JAIS Anjur Pesta Tanglung Dekati Masyarakat Cina Pulau Ketam

PELABUHAN KLANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah, antaranya menerusi penganjuran Pesta Tanglung di Pulau Ketam di sini, baru-baru ini.

Kira-kira 200 penduduk pulau itu yang majoritinya kaum Cina menyertai pesta itu yang turut dianjurkan bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Persatuan Penduduk Pulau Ketam (PPPK).

Penolong Pengarah Kanan JAIS, Muhammad Sujak Dasuki berkata, penganjuran Pesta Tanglung itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan antara kaum di kawasan tersebut, selain merupakan salah satu usaha untuk memberi pendedahan mengenai keunikan tradisi serta budaya masyarakat Cina.

“Saya amat menghargai penglibatan penduduk tidak kira peringkat umur yang menyertai perarakan di sekitar kawasan penempatan Pulau Ketam dengan membawa tanglung yang disediakan sambil membawa mesej perpaduan.

Pesta ini tiada kaitan dengan sebarang unsur keagamaan, secara tidak langsung ia boleh disambut pelbagai bangsa serta membawa mesej unik bahawa masyarakat di Malaysia boleh hidup secara harmoni dan damai,” katanya yang ditemui pemberita selepas menyertai Pesta Tanglung itu.

Menurut Muhammad Sujak, lokasi Pulau Ketam dipilih kerana majoriti penduduk di kawasan penempatan itu berbangsa Cina dan justeru, ia amat sesuai untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai agama Islam.

Katanya lagi, JAIS mahu masyarakat Cina di Pulau Ketam memahami bahawa Islam itu indah serta sesuai dianuti oleh pelbagai bangsa yang ada di negara ini.

Naib Pengerusi II PERKIM, Hushim Salleh pula berkata, program bertemakan ‘Dakwah Jalanan’ itu merupakan kali pertama diadakan bersama komuniti Cina.

“Masyarakat di sini menyambut baik kedatangan kami dan ini adalah petanda bagus. Kami juga mengedarkan risalah tentang Islam serta memberi peluang untuk mereka merasai bagaimana memakai tudung serta memberikannya secara percuma​​​​​​.


Kami juga cuba untuk mengubah persepsi mereka yang menganggap Islam ini ganas serta tidak boleh menerima orang luar, dan apabila mereka melihat kami berkopiah sambal membawa tanglung di sekitar kawasan ini mungkin tanggapan mereka akan berubah,” katanya yang turut berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas suntikan dana untuk penganjuran program dakwah itu.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha PPPK Johnson Cha berkata, program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk yang menunjukkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Saya berterima kasih kepada JAIS dan PERKIM kerana menganjurkan aktiviti ini, saya merasakan program ini berjaya walaupun ia baru pertama kali diadakan. Selepas ini kami akan memberikan kerjasama yang lebih kepada mereka untuk membuat lebih banyak lagi acara di sini,” katanya.

Antara pengisian program dalam pesta berkenaan adalah pertandingan tanglung, memanah, perarakan tanglung, cabutan bertuah dan persembahan nasyid serta qasidah daripada pelajar Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam.

Pesta Tanglung dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan yang diadakan secara tradisi untuk menandakan berakhirnya musim menuai.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, menggantung tanglung di kawasan rumah membawa maksud mendapat kehidupan yang lebih baik di samping memeriahkan suasana. – BERNAMA

Kategori