Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MIC Perlis Pastikan Semua...

ARAU - MIC Perlis akan memastikan kesemua kira-kira 2,100 pengundi berdaftar keturunan India...

Sultan Nazrin Solat Di...

GEORGE TOWN - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat...

Julia Perez Sibuk Pilih...

SELEBRITI dangdut Julia Perez atau Jupe yang menggemparkan Indonesia apabila ingin mendapatkan zuriat...

Cederakan Pelajar Junior, 9...

Teluk Intan : Sembilan pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di...

Jalur Lebar: Gobind Mahu Syarikat Telekomunikasi Tepati Janji

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mahu syarikat telekomunikasi memastikan pakej jalur lebar baharu yang ditawarkan benar-benar dapat dinikmati pelanggan.

Gobind berkata beliau telah meneliti pakej-pakej baharu yang dinyatakan dalam kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam, dan mendapati ia tidak menurunkan harga perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.

“Ini bermaksud bahawa mereka tidak dapat menikmati manfaat daripada pakej-pakej baharu ini dengan serta-merta.

“Saya juga dapati tiada cadangan dibawa untuk mengatasi masalah pengguna perkhidmatan Streamyx, yang pada saya, perlu ditangani dengan kadar segera,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Gobind berkata beliau akan bertemu dengan wakil-wakil syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan SKMM semalam, pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah dengan pengurangan sehingga 56 peratus, menerusi pakej-pakej baharu yang diumumkan empat syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia, Maxis, TIME dotcom dan Celcom.

Menurut Gobind, penurunan harga melalui pakej-pakej baharu itu adalah selaras dengan niat kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan harga dan meningkatkan kelajuan jalur lebar di negara ini.


Beliau turut meminta SKMM memantau pelaksanaan pakej-pakej baharu itu, dan menguruskan semua aduan yang diterima mengenainya.

“…dan ambil tindakan tegas di mana perlu untuk pastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan itu adalah selaras dengan apa yang dijanjikan,” katanya.

Gobind turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan cadangan melalui pelbagai platform berhubung perkhidmatan jalur lebar Malaysia.

“Saya akan teruskan lagi dengan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet di negara kita untuk memastikan negara kita bersedia untuk era digital baharu yang kini dilihat di seluruh dunia yang dikenali sebagai Industri 4.0,” katanya. – BERNAMA

Kategori