Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Azizulzulhasni Tarik Diri Piala...

PETALING JAYA : Hasrat untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni...

KPDNHEP Akan Siasat Lanjut...

GEORGE TOWN : Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau...

Digelar Simbol Seks Kerana...

PENAMPILANNYA yang dikatakan agak seksi ditambah pula dengan sifat kemanjaan semula jadi membuatkan...

Indeks Pembiakan Aedes Tinggi...

KANGAR - Lapan kawasan di Perlis dikenal pasti mempunyai kadar indeks pembiakan nyamuk...

Jambatan Bengkok Hanya Agenda Mahathir

BONGKAR… Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin luah rasa kesal dengan hasrat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu bina semula jambatan bengkok bagi ganti Tambak Johor di bahagian Malaysia.

Naib Presiden UMNO tersebut mendedahkan bahawa langkah itu akan menyebabkan Singapura bertindak balas dengan buat pelbagai tuntutan termasuk jet tentera republik tersebut dibenarkan terbang di ruang udara Johor.

“Lebih penting, perkembangan ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini hanya lebih berminat untuk meneruskan agenda dan impian peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak tercapai sebelum ini.

“Ini bukanlah sesuatu baharu dan ini pastinya bukan Malaysia Baharu,” bidas bekas Menteri Besar Johor itu sebagai merujuk titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak bersetuju dengan projek tersebut.

Lebih dikesalkan lagi katanya, cadangan ini datang dari Menteri Besar Johor sendiri walhal atas dasar Malaysia Baharu, Datuk Osman Sapian mestilah pamer pendirian sendiri berasaskan keperluan dan kemahuan rakyat Johor.

“YAB Menteri Besar Johor seharusnya menegaskan keperluan Johor yang lebih utama, misalnya, pelebaran lebuh raya, pertambahan sekolah dan hospital besar serta inisiatif berfokus untuk dapat bantu melindungi Johor.

“Ia bakal merancak masa depan komoditi di Johor atau menyediakan jaringan keselamatan dan kebajikan sosial yang lebih pelbagai. Bukannya ambil segala impian Kerajaan Pusat dan menjadikannya agenda Kerajaan Negeri.

“Kesemua ini jauh lebih diperlukan oleh Negeri Johor berbanding menghidupkan kembali projek mega pembinaan sebuah jambatan bengkok yang telah kita sendiri batalkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelas Mohamed Khaled, keseluruhan projek jambatan ini telah dihentikan pada tahun 2006 kerana Malaysia perlu mengambil keputusan yang betul untuk tidak akur kepada tuntutan timbal balik daripada pihak Singapura.

Ia melibatkan isu penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Johor oleh tentera Singapura, susulan bangkangan kuat negara tersebut ke atas projek ini setelah mengambil kira nasihat daripada Pejabat Peguam Negara waktu itu.

“Keputusan tersebut dijelaskan selepas kejayaan Malaysia meneliti Wayleave Agreements, Perjanjian Air Singapura-Johor 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan 1965.

“Kerajaan sering menegaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, bersandarkan sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia. Kesannya, Gerbang Perdana Sdn. Bhd. telah dibayar lebih daripada RM100 juta.


“Ini sebagai ganti rugi untuk henti cadangan projek itu. Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1.1 bilion pada 2003.” Ujarnya, mengikut kadar semasa, kos projek ini boleh cecah sehingga 3 hingga 4 kali ganda.

“Adalah memeranjatkan untuk sebuah projek mega pada skala sangat besar ini mahu dihidupkan semula sedangkan matlamat kerajaan kini adalah untuk menguruskan struktur fiskal negara dengan lebih baik terlebih dahulu.

“Justeru, adalah tidak perlu untuk berbelanja secara tidak wajar dan terlibat dalam percaturan genting untuk membincangkan kebarangkalian menghidupkan semula projek ini semata-mata atas kepentingan politik.

“Sedangkan pembinaan kereta api laju yang akan memangkin pelbagai aktiviti ekonomi di wilayah selatan Malaysia ditangguhkan kerana kedudukan fiskal negara yang lemah.”

Jadi, bidas Mohamed Khaled, mana mungkin Kerajaan PH bersedia mempertimbangkan untuk melabur wang secara besar-besaran dalam pembinaan jambatan bengkok.

“Kita memerlukan keutamaan yang lebih besar dalam projek infrastruktur yang membawa faedah kepada seluruh Johor dan Malaysia secara keseluruhannya. Malah, projek infrastruktur yang berimpak besar seperti aliran mass rapid transit line (MRT3), East Coast Rail Link (ECRL), saluran paip gas asli Sabah telah dibatalkan.

“Jumlah dana yang sedemikian boleh diperuntukkan kepada pelbagai lagi projek pro rakyat yang lain, yang boleh meringankan beban kos sara hidup atau melonjakkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Sekiranya perbincangan berkenaan pembinaan jambatan ini diteruskan, saya menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk melakukan satu analis cost-benefit ke atas kesesuaian untuk menghidupkan semula projek ini.”

Tegasnya, kajian sedemikian juga mesti mempertimbangkan kesan ke atas kedaulatan negara kita memandangkan kita boleh menjangkakan bahawa Singapura akan menuntut satu timbal balik yang lebih besar susulan pelaksanaan semula jambatan ini, yang sudah pastinya akan memberi kesan yang jauh lebih kritikal kepada kedaulatan negara kita. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori