Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sukarelawan ‘Friends Of KPDNKK’...

DUNGUN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mahu lebih ramai...

Bom Tangan Serangan Daesh...

PENGGANAS Daesh menggunakan sebutir bom tangan model 1967 berharga RM800 sebutir ketika menyerang pusat...

Reka Teemor Kena ‘Hack’,...

SEELOKNYA jika pernah menjadi bekas kekasih, usahlah dikait-kaitkan lagi. Apa perasaan anda jika hubungan...

Saiz Penjawat Awam Terlalu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa saiz penjawat...

Jambatan Di Jalan Rantau Panjang Ditutup

KUALA SELANGOR – Penduduk di sekitar Rantau Panjang dan Ladang Sungai Tinggi di Bestari Jaya di sini terpaksa guna laluan alternatif selepas sebuah jambatan di Jalan Rantau Panjang terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.

Ia susulan kejadian mendapan tanah pada jam 10.15 malam tadi di laluan sepanjang 30 meter antara Kilometer 2.0 dan 2.1 sebelum jambatan yang merentangi Sungai Selangor berdekatan dengan sebuah kuil Hindu di situ.

Susulan kejadian terbabit, pengguna jalan raya di kawasan terbabit diminta menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Rawang ke Jalan Raja Musa dan Jalan Timur Tambahan.

Menurutnya jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi.

“Penutupan jalan diletakkan di permulaan susur masuk Jalan Rantau Panjang manakala pemantauan dari semasa ke semasa dijalankan oleh JKR Daerah Kuala Selangor,” katanya dalam satu kenyataan. – BH Online

Kategori