Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

2 Pasangan Pengantin ‘Banjir’...

MELAKA - Meskipun masih lagi bersedih ekoran banjir menimpa rumah mereka semalam, keceriaan...

Lebih 500 Balai Polis...

ISKANDAR PUTERI - Lebih 500 balai dari keseluruhan 791 balai polis seluruh negara...

Rossi Juarai MotoGP Di...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi dari Itali memenangi gelaran kali keenam, Grand Prix...

Pahang Kaya Khazanah Ekopelancongan

KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan tidak memberi pendapatan terus kepada kerajaan negeri, namun...

Jambatan Runtuh, Seorang Pekerja Bangladesh Maut

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di Jalan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini terbunuh apabila jambatan itu runtuh pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi ketika mangsa yang berusia 42 tahun melakukan kerja-kerja pembinaan itu bersama pekerja lain.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa apabila hanya dia seorang sahaja yang jatuh bersama jambatan itu manakala pekerja yang lain tidak terjejas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd Sobberi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menghantar seramai lapan anggota ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian pada pukul 9.44 pagi.

Menurutnya, mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat runtuhan dengan mayatnya selepas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca runtuhan setakat ini masih disiasat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang. – BERNAMA

Kategori