Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Cedera Dirompak...

GEORGE TOWN - Seorang warga emas bukan sahaja kerugian RM2,000 malah cedera di...

Tahu Tak Bayaran ‘Scaling’...

SHAH ALAM - "Tahukah anda scaling (buang karang gigi) di klinik kerajaan RM2...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi salaS Laku Anggota - Ayob Khan

Rekod Belanja Bangun Prasarana...

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan peruntukan, yang jumlahnya mencatatkan satu rekod,...

Jangan Cakap Pasal Ketuanan Melayu Jika Masih Jadi Kuli

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta orang Melayu supaya tidak meraih isu ketuanan Melayu jika sehingga kini masih lagi menjadi kuli.

Perdana Menteri berkata, jika hendak jadi tuan, seseorang Melayu perlu rajin, mempunyai ilmu, tidak menipu, jujur dan berbuat baik.

Malah Dr. Mahathir turut berpesan supaya orang Melayu tidak mencontohi sikap pemimpin-pemimpin yang tidak baik.

“Saya ingin beritahu kepada orang Melayu, jangan bercakap pasal ketuanan Melayu kalau masih jadi kuli orang.

“Kalau hendak jadi tuan, kena ada ilmu, rajin, tidak menipu orang, jujur, berbuat baik dan jangan contohi Perdana Menteri yang lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.


Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.  – UTUSAN ONLINE

Kategori