Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suspek Kes Bunuh Kucing...

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua suspek yang berjaya ditahan kerana disyaki membunuh...

Najib Tanya Azmin, Adakah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak minta Datuk Seri Azmin Ali...

Ratusan Penyokong Kedah ‘Marah’...

ALOR SETAR - Ratusan penyokong Kedah berkumpul di hadapan pejabat Persatuan Bola Sepak...

Malaysia Pencetak Al-Quran Kedua...

PUTRAJAYA - Kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia Nasyrul Quran di sini yang...

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau menghormati dan mempercayai kebebasan SPRM dalam melakukan siasatan dan meminta supaya orang ramai tidak mempersoalkan tindakan badan bebas itu.

“Menurut saya, apa yang SPRM lakukan itu kita perlu hormati. Sekiranya ada yang mahu membela diri mereka boleh ke mahkamah, jangan salahkan SPRM.

“Kena ingat dulu saya Menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menjaga SPRM dari tahun 2004 sehingga 2013. Saya yakin dan percaya tentang kebebasan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Selain bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut terbabit dengan siasatan oleh SPRM baru-baru ini.


Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau menyokong cadangan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan anggota Parlimen kepada SPRM.

“Sekiranya itu yang diputuskan kerajaan kita akur la dan itu sudah cukup, tidak perlu libatkan anak atau keluarga mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori