Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Syarikat Rugi Hampir RM1...

KULIM - Sebuah syarikat pengendali bas kilang kerugian hampir RM1 juta apabila empat...

Nanah Dalam Mata, Liza...

AKIBAT mengalami bengkak di bahagian mata dan masalah kornea, pelakon Liza Abdullah terpaksa...

Dah Bayar Tapi Along...

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman...

‘Tuhan Harun’ 5 Pengikut...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan...

Jaringan Kilat Sumareh Bantu Harimau Malaya Benam Sri Lanka 4-1

KUALA LUMPUR – Dua gol dalam tempoh lima minit oleh penyerang naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh, berjaya membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Sri Lanka 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Colombo, malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Sugathadasa itu, Malaysia terpaksa memulakan cabaran dengan rasa tertekan apabila pasukan tuan rumah memperagakan aksi memberangsangkan sehingga mampu menjaringkan gol pembukaan menerusi Asela Madushah pada minit ke-29.

Biarpun Sri Lanka dianggap bukan tandingan namun berjaya memberi tekanan sejak awal permainan serta berjaya mempertahankan kedudukan pendahulu sehingga separuh masa pertama.

Pada babak kedua, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan dengan menurunkan Sumareh dan keputusan itu ternyata memberi impak dalam rentak gerakan barisan penyerang negara.

Pemain import Pahang berasal dari Gambia itu tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kemampuannya apabila memainkan peranan dalam gerakan gol penyamaan negara yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-65.

Pemain pertahanan negara, Adam Nor Azlin kemudian menceriakan kem negara pada minit ke-76 menerusi jaringan kedua setelah bijak mencari ruang untuk menanduk bola sepakan penjuru untuk membantu Malaysia mendahului buat kali pertama dalam perlawanan itu.


Menghampiri masa penuh, Sumareh akhirnya mempamerkan ‘taring’ sebenar menerusi jaringan dua gol dalam tempoh lima minit iaitu pada minit ke-85 dan 90, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya skuad ‘Harimau Malaya’ ke atas pasukan di ranking ke-199 dunia itu.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-171 dunia, dijadual bertemu Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini dan diikuti satu lagi aksi persahabatan menentang Maldives pada 3 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan persahabatan tersebut adalah sebagai persediaan sebelum memulakan kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 mementang Kemboja pada 8 Nov ini. – BERNAMA

Kategori