Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Syarikat Malaysia Perlu Berani...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan berasaskan pembangunan infrastruktur perlu berfikiran...

Pakar Jantung Dituduh Lari...

SHAH ALAM - Seorang doktor pakar jantung dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik dan...

Mara Akan Lakukan Penyusunan...

KOTA BHARU - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan penyusunan semula anak-anak syarikatnya...

UniSZA Terima 1,845 Pelajar...

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedia menerima 1,845 pelajar baharu...

J/K Khas Ditubuh Siasat Punca Tanah Runtuh

GEORGE TOW – Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa 10 pekerja asing di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, baru-baru ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui kesemua barisan Exco kerajaan negeri dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan menyiasat punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dalam tragedi maut tersebut.

“Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan dianggotai Exco Kerja Raya, Zairil Khir Johari, seorang jurutera daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selain wakil Institut Kejuruteraan Malaysia negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan jawatankuasa khas itu hanyalah tambahan kepada siasatan dilakukan beberapa pihak termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor berlaku di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus pada Jumaat lepas, itu mengakibatkan 10 pekerja asing maut manakala empat cedera.

Chow berkata pihak kerajaan negeri sudah menerima satu laporan awal daripada MBPP berhubung kejadian tanah runtuh berkenaan yang menunjukkan wujud unsur-unsur ketidakpatuhan.

“Laporan awal MBPP menunjukkan ada unsur-unsur ketidakpatuhan perjalananan projek di tapak berlakunya kejadian tanah runtuh dan perkara ini akan disiasat jawatankuasa khas agar punca kejadian itu dapat diketahui,” katanya.


Sementara itu, Chow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Padang Kota, turut mengarahkan kesemua agensi projek-projek infrastruktur atau pembangunan kerajaan supaya menyemak semula prosedur mereka berikutan kejadian perubahan iklim global.

Beliau berkata kejadian perubahan iklim global itu bukan perkara baharu dan semua projek sama ada telah ataupun belum dilaksanakan harus memeriksa prosedur keselamatan mereka agar ia bersesuaian dengan fenomena tersebut.

“Kejadian perubahan iklim global mungkin menyebabkan prosedur-prosedur lama menjadi tidak sesuai dalam keadaan sekarang dan mereka yang terlibat dengan projek-projek pembinaan ini harus menyemak balik isu-isu keselamatan supaya ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpama itu berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan. – BERNAMA

Kategori