Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Memang Betul Johan Datang...

PENYANYI Aishah Bujang mengakui ada berborak kosong dengan aktor Johan As'ari dalam bilik...

Pasang Cangkuk Belakang Badan...

NGERI dan tidak masuk akal, seorang wanita sanggup membahayakan nyawa dengan melakukan aksi...

Kartunis Aie Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan...

Mencintaimu Kesilapan Terbesar, Nota...

CEMBURU yang menguasai diri hingga tak dapat dibendung, antara motif biasa bagi kes...

Jelajah Komuniti Tingkat Kesedaran Urus Kewangan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini melancarkan kempen Jelajah Komuniti PIDM bertujuan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang fungsi dan peranan perbadanan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Rafiz Azuan Abdullah berkata kempen itu akan memfokuskan kepada kepentingan menabung terutamanya di bank yang dilindungi PIDM.

“Pengguna yang lebih berpengetahuan dan mengetahui hak-hak mereka akan dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bertanggungjawab.

“Ia juga akan menjadikan mereka lebih berwaspada supaya tidak menjadi mangsa penipuan yang juga merupakan isu yang kami mahu tangani dalam kempen ini,” katanya pada acara pelepasan jelajah tersebut yang bermula hari ini sehingga Nov 7 di sini.

Kempen Jelajah Komuniti PIDM dijayakan menerusi trak bergerak yang akan menuju ke 10 destinasi utama antaranya Felda Teloi Timur di Kuala Ketil Kedah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Jajar di Bukit Mertajam Pulau Pinang.


Program yang akan dijayakan termasuk ceramah pengurusan kewangan peribadi oleh mentor kewangan ‘Abang Abu Mekanik Wang’ serta pelbagai aktiviti dan permainan.

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.pidm.gov.my atau hubungi talian 1-800-88-1226. – BERNAMA

Kategori