Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

7 Anggota Geng Ah...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tujuh anggota geng Ah Leong yang aktif melakukan...

Jumpa Mayat Dalam Rumah

KUALA LUMPUR - Mayat lelaki ditemui di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat...

Tabung Haji Peruntuk RM1.6...

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan sumbangan sejumlah RM1.6 juta bagi membantu...

Sentiasa Pertahan Hubungan &...

KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa mempertahankan hubungannya dengan negara lain selain memperkukuhkan prinsip...

Jenazah Bekas Adun Tahan Tiba Esok

KUANTAN – Jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak yang meninggal dunia di Sri Lanka semalam, dijangka tiba di tanah air esok.

Menurut sumber, jenazah Wan Amizan dibawa pulang dengan menaiki penerbangan komersial pada tengah malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.45 pagi Selasa.

“Jenazah akan terus dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Felda Jengka 12, Maran untuk dikebumikan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Wan Amizan, 46, meninggal dunia semasa menjalani rawatan di Hospital Colombo, Sri Lanka pada 6.30 petang semalam (waktu Malaysia) beberapa jam selepas doktor selesai mengambil sampel untuk mengetahui penyakitnya.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut berlepas ke negara itu bersama-sama tiga pembantunya pada Selasa lalu, untuk menjalani rawatan dipercayai bagi penyakit buah pinggang.

Beliau merupakan ADUN Tahan selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12, sebelum tewas kepada calon PAS Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi pada pilihan raya umum lalu. – BERNAMA

Kategori