Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tahun 1 Mangsa...

KUANTAN - "Pakaian sekolah arwah masih ada yang belum sampai. Alat tulis pun...

Malaysia – Thai Setuju...

BANGKOK - Malaysia dan Thailand bersetuju memulakan kajian mengenai kemungkinan memperkenalkan Kereta Api...

Perjuangan Beradab Pilihan Wanita...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO, yang menjadi tulang belakang parti, akan terus...

3 Lelaki Ditahan Miliki...

JOHOR BAHRU - Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai...

Jin Wei Sasar 10 Terbaik Dunia Menjelang 2020

SEPANG – Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, menyasarkan untuk menduduki ranking 10 teratas dunia dalam jangka masa dua tahun lagi.

Jin Wei, 18, berkata kemenangan yang diraih itu membuatkan dirinya lebih bermotivasi mencipta kejayaan pada masa akan datang dalam usaha untuk memburu mata dalam siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan memperbaiki rankingnya.

“Dalam masa dua tahun akan datang ini saya mahu menjadi pemain yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia sekali gus mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo di Jepun pada 2020,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Argentina di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Pada aksi final tempoh hari, pemain pilihan ketiga itu menyingkirkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir untuk menyambar emas pertama negara di Technopolis, Buenos Aires.

Sementara itu, Jin Wei yang akan sekali lagi menggalas tugas negara dalam Kejohanan Remaja Dunia pada 5 hingga 18 Nov ini di Markham, Kanada, menyifatkan tugas berat menanti dan enggan berasa selesa dan akan berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik.

“Saya rasa setiap kejohanan merupakan permulaan yang baharu bagi setiap pemain. Saya akan lupakan kejayaan sebelum ini dan memberikan fokus serta aksi terbaik untuk kejohanan selepas ini”.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai berkata ​​​​​kejayaan Jin Wei itu memberikan gambaran bahawa negara masih mempunyai barisan pemain pelapis yang baik.


“Kebangkitan Jin Wei, Lee Zii Jia dan terbaru Cheam June Wei yang berjaya melangkah ke final Terbuka Belanda semalam membuktikan bakat muda kita masih ada harapan untuk bersinar,” katanya.

Menurut beliau, BAM akan berusaha keras dalam mendidik dan akan memastikan bakat-bakat muda bakal menjadi penganti pemain-pemain senior negara.

“Semua pihak perlu bekerjasama untuk membangunkan pemain remaja negara supaya kejayaan yang mereka lakar hari ini tidak berakhir di sini dan yang penting pemain remaja teruskan berusaha dan tidak terbuai dengan kejayaan,” katanya.

Untuk rekod, bintang muda negara Zii Jia merekodkan pencapaian terbesar dalam kariernya apabila meraih gelaran Terbuka Taiwan dengan menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-17, 16-21, 21-11 dalam aksi final minggu lepas. – BERNAMA

Kategori