Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Fitnah Kematian, M Daud...

PENYANYI veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan...

Pandemik Covid-19 Masih Belum...

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) masih belum berakhir.Amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika...

9,100 Anggota Bomba Bertugas...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti sebanyak 9,100...

Hujan Lebat, Ribut Petir...

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan 11 negeri di Semenanjung sehingga...

Johari Nafi Lagi Jadi MB Kedah Baharu

KECOH… Jawatan Menteri Besar kembali panas apabila tular di media sosial sejak semalam mengatakan bahawa Datuk Johari Abdul akan dilantik menerajui pentadbiran negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu dikhabarkan bakal ambil alih tempat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang akan berpindah ke Parlimen untuk dilantik sebagai jemaah menteri dalan rombakan Kabinet.

Malah khabar angin itu turut mengatakan bahawa Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani sudah menghadap Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Sultan Badlishah di istana bagi mendapatkan restu baginda.

Namun beliau hari ini tampil menafikan khabar itu. Ini kali kedua nama beliau disebut sebagai menteri besar baharu selepas kecoh surat bertarikh 11 Mei lalu ditandatangani oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Johari bagaimanapun tidak menafikan bahawa beliau memang ada menghadap Sultan Kedah pada Sabtu minggu lepas terus di pejabat baginda sendiri yang terletak di Wisma Darul Aman, Alor Setar.


“Ya, saya menghadap baginda Sultan Kedah namun untuk berbincang mengenai semua perkara berkaitan dengan pentadbiran negeri bukan pun berkaitan jawatan Menteri Besar sahaja.

“Soal Menteri Besar ini jika ada rezeki adalah,” kata Johari ketika ditemui pemberita di Alor Setar hari ini. Jika cerita tersebut betul, buat julungnya kali penyandang ketua kerajaan Kedah bakal diterajui pemimpin PKR.

Khabar angin yang tular itu juga mengatakan bahawa Mukhriz akan berpindah ke Persekutuan bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sebab-sebab kesihatan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori