Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mahu Usaha Martabat B.Melayu...

PHANG-NGA (SELATAN THAI) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu...

Ibu Muda Terkandas Di...

SEPANG - Nurul Farhana Ahmad yang pulang ke negara ini selepas menghilangkan diri...

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis,...

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk...

Mahkamah China Lelong ‘Online’...

BEIJING - Sebuah mahkamah China bertindak melelong sebuah pencakar langit menerusi laman e-dagang...

Johor Mahu Perkasa Sukan Permotoran Negeri – MB

JOHOR BAHRU – Program Serlahkan Kehebatan 10 yang kini memasuki edisi yang ke-7 dilihat mampu untuk memperkasa sukan permotoran di Johor, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Katanya beliau yakin program itu dapat menjadi satu platform yang boleh membawa anjakan dalam industri sukan pemotoran negara, terutama di negeri Johor, seiring dengan teras Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor tahun 2019-2030 iaitu Aspirasi Idealis Anak Muda.

Beliau berkata program ini juga bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan yang berhasrat mewujudkan modan insan yang seimbang dari pelbagai aspek.

“Ia untuk memastikan perkembangan anak muda yang positif dalam memperkasa sukan permotoran dan keusahawan, sekaligus membendung gejala negatif seperti lumba haram dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan Program Serlahkan Kehebatan 10, di sini hari ini.

Kira-kira 50,000 motosikal pelbagai jenis berhimpun bagi memeriahkan program itu, yang merupakan anjuran Kelab Permotoran Generasi Baru dengan kerjasama Institut Intergriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato Onn (IKLAS). – BERNAMA

Kategori