Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kapal Selam Nuklear AS...

TAMPA: Sebuah kapal selam kelas Ohio milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba...

Agong Titah Ahli Dewan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli...

Pemandu BMW Biadab, Seorang...

SEMALAM satu video rakaman kemalangan sebuah kereta yang nyaris bertembung dengan kereta dari...

Mahasiswa USIM Juara Pidato...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Irfan Faruqi Mohamad Fairus...

Jordan Mahu Tamatkan Perjanjian Tanah Dengan Israel

JORDAN bercadang untuk menamatkan kebenaran penggunaan dua kawasan kepada Israel yang dipersetujui dalam perjanjian antara kedua-dua negara pada 1994.

Dua kawasan terbabit ialah Baqura (Naharayim) di utara dan Ghamr (Tzofar) di selatan.

Perjanjian itu berjalan selama 25 tahun dan perlu diperbaharui dalam masa terdekat.

Perdana menteri rejim Zionis Benjamin Netanyahu berkata Israel mahu melanjutkan tempoh penggunaan tanah itu.

Sebelum itu Raja Abdullah, ketua negara Jordan berkata dalam satu kenyataan yang negaranya mahu menamatkan perjanjian itu, meliputi tanah seluas 405 hektar yang dijadikan kawasan pertanian oleh petani Israel.

Menurut kenyataan itu lagi, dua kawasan terbabit amat penting bagi Jordan dan pengambilan semula tanah itu dibuat demi kepentingan “Jordan dan rakyat Jordan.”


Di bawah perjanjian pengambilan tanah itu oleh Israel hasil rundingan kedua-dua negara, kebenaran kepada Israel menggunakan tanah tersebut diperbaharui secara automatik melainkan satu pihak memberi notis setahun sebelum pajakan berakhir.

Sebagai reaksi kepada pengumuman Jordan, Netanyahu berkata seluruh perjanjian damai antara Israel dan Jordan penting kepada kedua-dua negara.

Israel akan menuntut perjanjian itu diteruskan, dan dicadangkan agar menggunakan perjanjian yang membenarkan pesawat antara Eropah dan Jordan melalui ruang udara Israel sebagai satu bahan tawar-menawar.

Kawasan di sebelah selatan itu dianggap penting bagi keselamatan Israel dan dikatakan 30 ladang Israel akan musnah sekiranya Jordan menuntut semula tanah itu.

Raja Abdullah berdepan tekanan dalaman untuk tidak membiarkan perjanjian itu dilanjutkan. Seramai 87 ahli parlimen Jordan telah menandatangani petisyen mendesak perjanjian itu ditamatkan. – Agensi

Kategori