Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ribut Petir Sebelah Petang...

KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka melanda membabitkan negeri di Pantai Barat Semenanjung, Sarawak...

Trafik Perlahan Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan perlahan...

Kesatuan Guru Sambut Baik...

KUANTAN - Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia menyambut baik penambahbaikan format...

Bomba Sukarela Terlibat Operasi...

KANGAR - Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang terlibat dalam operasi akan dibayar...

Politik Wang: JPP PKR Diminta Siasat Dakwaan Rafizi

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diminta menyiasat dakwaan calon timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli berhubung politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak maklum berhubung perkara yang dibangkitkan Rafizi itu, namun siasatan perlu dilakukan.

“Kita akan siasat. Oleh sebab wartawan beritahu saya, saya kini maklum,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Rafizi dilaporkan berkata politik wang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempengaruhi anggota muda PKR yang tidak melalui zaman sukar parti itu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata dakwaan Rafizi itu akan dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik PKR, malam ini.

“Tanya dia (Rafizi) butiran dulu. Kita akan bincang malam ni. Kita ada (mesyuarat) biro politik malam ni,” katanya.
BERNAMA

Kategori