Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cukai Pelancongan Berkuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan bahawa cukai pelancongan akan berkuat kuasa secara rasmi pada 1...

ADUN DAP Saran Kerajaan...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh...

KR1M 2.0 Akan Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan program Kedai Rakyat 1Malaysia...

Brunei Haramkan Penjualan Produk...

KERAJAAN Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk...

JPPH Tiada Peranan Kawal Harga Hartanah

PUTRAJAYA – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak mempunyai peranan dalam mengawal harga hartanah termasuk kediaman di negara ini ​​​​​sebaliknya hanya bertanggungjawab menghebahkan indikator penting pasaran hartanah agar pasaran kekal terkawal.

Ketua Pengarahnya Nordin Daharom berkata penentuan harga rumah lazimnya ditentukan oleh interaksi permintaan dan penawaran kecuali bagi rumah kos rendah di pasaran primer yang telahpun ditetapkan siling harga oleh pihak berkuasa negeri.

“Antara komponen utama penawaran yang sering dikatakan mempengaruhi kos pembangunan perumahan ialah kos tanah dan kos bahan binaan. Bebanan kos ini seterusnya diterjemahkan dalam harga rumah yang perlu ditanggung oleh pembeli,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang menyatakan hanya JPPH boleh memainkan peranan dalam mengawal harga rumah.

Mengulas lanjut, beliau berkata komponen pembangunan sesebuah skim perumahan yang berpotensi menyumbang kepada kenaikan harga termasuk tanah, bayaran premium, caj pembangunan penyediaan infrastruktur, sumbangan kepada pihak yang menyediakan utiliti, bahan binaan, pembiayaan penyambung dan pembiayaan akhir.

Selain itu, beliau berkata insurans, tenaga buruh, fi ikhtisas, peratus keuntungan pemaju, teknik/gimik pemasaran, kos pemasaran dan iklan, deposit pemaju dan juga pematuhan kepada kehendak kelulusan perancangan juga menyumbang kepada kenaikan harga rumah.

“Sehubungan itu, dicadangkan penubuhan Jawatankuasa Kawalan Kos dan Harga Rumah bagi memantau kos komponen pembangunan agar harga rumah kekal terkawal,” katanya.

Mengenai fungsi JPPH, beliau berkata agensi itu berperanan mengumpul maklumat tepat, komprehensif dan menepati masa serta memberi gambaran mengenai permintaan dan penawaran pasaran hartanah kepada agensi kerajaan, pemaju dan pihak lain yang terlibat dengan industri hartanah serta pihak awam secara amnya.

“Menerusi hebahan mengenai situasi pasaran harta tanah dari semasa ke semasa secara berkala, pihak pemaju, pembeli dan pihak yang berkuasa meluluskan projek khususnya projek perumahan mempunyai pengetahuan akan kedudukan pasaran,” katanya.


Pada masa sama, Nordin berkata harga jualan minimum dan maksimum hartanah seharusnya boleh dikawal selia oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini kerana senarai semak permohonan permit iklan dan jualan baharu yang digariskan Bahagian Pelesenan Pemajuan Perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara perlu menyertakan dua item dalam permohonan tersebut iaitu senarai harga jualan bagi semua unit mengikut jenis rumah serta harga jualan minimum dan maksimum bagi setiap jenis rumah tempat tinggal.

“Ini menunjukkan bahawa item senarai harga, harga jualan minimum dan maksimum seharusnya boleh dikawal selia oleh jabatan tersebut,” katanya.

Berhubung pengecualian atau pengenaan cukai jualan dan perkhidmatan, Nordin berkata JPPH berpandangan sesetengan komponen yang disenaraikan perlu dikaji dengan lebih holistik dan tidak secara uncit (sedikit demi sedikit).

JPPH yang terletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada 1 Jun 1957, bertujuan memberikan penilaian dan perkhidmatan harta kepada pihak kerajaan dan agensi-agensinya.

Antara peranannya ialah bertindak sebagai sebagai penasihat kepada kerajaan dan agensinya dalam segala aspek berkaitan dengan penilaian, perundingan dan perkhidmatan harta selain mengesyorkan nilaian yang munasabah dan berpatutan untuk pelbagai maksud nilaian seperti duti setem, tukar syarat, pemberi milikan tanah dan pembiayaan perumahan kakitangan awam. – BERNAMA

Kategori